LAHIRNYA insan yang hebat adalah hasil didikan seorang guru.

Kegigihan guru dalam mendidik anak watan dengan ikhlas tanpa rasa jemu tidak perlu dipertikaikan lagi.

Justeru, jasanya akan terus dikenang, malah pahalanya terus mengalir selagi ilmu diajar diamalkan muridnya.

Seorang guru Matematik dan Matematik Tambahan Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Cikgu Ahmad Bidin, 58, menerima sebuah kereta Perodua Aruz sebagai satu penghargaan kepada perkhidmatannya selama 35 tahun.

Menurut pengguna Twitter @yaye_zaini, kenderaan pacuan empat roda itu telah dibayar secara sekali gus oleh pelajar dari kumpulan pelajar tahun 1980 hingga 2021.

Katanya kutipan dibuat untuk membelikan hadiah kepada guru sebagai hadiah persaraan.

Difahamkan Cikgu Ahmad bertugas di sekolah berkenaan dari awal penempatan sebagai guru sehingga bersara.

Menerusi balasan ciapan itu, kebanyakan bekas pelajar mengakui beliau Cikgu Ahmad guru yang bersungguh-sungguh dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Iklan

– “Cikgu Ahmad cikgu yang terbaik. Sampai ke mati saya akan ingat dia. Cikgu Ahmad ajar Matematik Tambahan hingga pelajar faham.”

– “Terima kasih dan selamat bersara Cikgu Ahmad.”

– “Oh Tuhan ini Cikgu Matematik Tambahan saya, dia selalu merendah diri dan mengajar kami bersungguh-sungguh. Cikgu Ahmad, cikgu memang layak terima hadiah ini.”

Iklan

Baca juga: Cikgu terima hadiah sayur, buah di majlis perpisahan, ramai tersentuh keikhlasan murid hargai guru

Baca juga: Guru mengajar di pulau, tiap hari naik bot, van demi didik anak bangsa, raih perhatian warganet

Sumber: @yaye_zaini