Pilihan pendidikan anak Shila Amzah undang perhatian netizen, sekolah antarabangsa & Cina jadi keutamaan– ‘Because Ubai’s late mother…’

Iklan

DALAM dunia ibu bapa, topik pendidikan anak sering menjadi perbualan hangat baik.

Bukan hanya orang biasa, bahkan golongan selebriti juga tidak ketinggalan. Baru-baru ini, keputusan penyanyi Shila Amzah mengundang perhatian ramai tentang laluan pendidikan anak-anaknya.

Iklan
Iklan

Menerusi satu sesi soal jawab santai, Isteri kesayangan Ubai tabg juga personaliti media sosial mendedahkan, anak lelakinya kini menuntut di sekolah antarabangsa, manakala anak perempuannya pula dirancang untuk dihantar ke sekolah Cina.

Iklan

“Since abang dah pergi international school, Rhea pula Mama harap nak hantar ke Chinese school,” jelas Shila dengan senyuman.

Keputusan Shila ini bukan sekadar pilihan rawak. Ia turut berpunca daripada sejarah keluarga dan nilai-nilai yang ingin diteruskan.

Iklan

“Because Ubai’s late mother, she went to Chinese school juga,” tambah Shila sekali gus menjelaskan faktor warisan keluarga yang menjadi panduan utama.

Selain itu, pelantun lagu Memori Tercipta itu melihat faedah dari segi penguasaan bahasa dan pendedahan budaya.

Pendidikan  terbaik

Mengakui dirinya sendiri kerap menyanyikan lagu-lagu Mandarin, penyanyi ini berharap anak perempuannya dapat bercakap, menulis, dan memahami bahasa itu dengan baik.

“So she can speak, she can write, she can understand,” katanya lagi.

Tentu saja, perkongsian ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Ada yang bersetuju dengan keputusan Shila, manakala ada yang berkongsi pandangan mereka tentang sistem pendidikan terbaik untuk anak-anak masing-masing.

Namun bagi Shila, yang paling penting adalah memastikan anak-anak membesar dalam persekitaran yang sesuai dengan keperluan dan latar belakang keluarga mereka.

Sebab bagi Shila, pendidikan bukan sekadar akademik, tetapi juga tentang nilai, budaya, dan pengalaman hidup yang membentuk anak menjadi individu seimbang.