Saya datang dari broken family.' Sheila Rusly kongsi alasan layan menantu seperti anak sendiri, jaga keluarga sebaiknya

Iklan

HUBUNGAN menantu dan mentua ini sering menjadi inspirasi. 

Penerbit tersohor Sheila Rusly akhirnya berkongsi tentang keakrabannya dengan menantu, Elisya Sandha. 

Iklan
Iklan

Menerusi perkongsian di Instagram Inayah Beauty, Sheila dan Elisya tidak dapat menahan air mata apabila mereka berkongsi tentang hubungan baik di antara ibu mentua serta menantu.

Elisya tidak menafikan, kehadiran Sheila dalam hidupnya merupakan satu rezeki yang tidak pernah dia jangkakan.

Iklan

"Hendak menangis pula saya, sebab saya sayang sangat mak mentua..pada saya, ini adalah rezeki.

"Saya tak pernah sangka akan dapat rezeki ibu mentua yang sangat baik dan memahami.

Iklan

"Saya tahu ini adalah idaman semua wanita di luar sana. Dia layan macam anak sendiri, tak buat kami rasa seperti orang luar," kongsinya.

Ketika diminta untuk memberikan gambaran tentang ibu mentuanya dalam satu perkataan, Elisya mengakui sukar berbuat demikian kerana menyifatkan Sheila sebagai seorang ibu mentua yang sempurna.

"Jadi, satu perkataan yang boleh saya gambarkan tentang ibu mentua saya..sebernarnya susah kerana dia sangat sempurna," tuturnya.

Sementara itu, Sheila pula tidak dapat menahan air mata menceritakan pengalaman membesar dalam keluarga memiliki konflik menjadikan dia sebagai seorang isteri dan ibu yang sentiasa berusaha mempertahankan kasih sayang.

"Seperti yang saya katakan, dia seperti anak saya sendiri.

"Kalau pasal anak-anak, menantu dan cucu saya sangat sensitif sebab saya datang dari broken family.

"Apabila datang dari broken family sebaik-baiknya saya akan jaga keluarga saya supaya tidak akan melalui fasa kehidupan saya dari saya kecil hingga berumur begini," katanya.

Sekadar info, Sheila memiliki dua cahaya mata lelaki iaitu Uzair Haqimy dan Luth Mikhail hasil perkahwinanya dengan pengarah serta penerbit televisyen, Jinggo.

Personaliti berusia 54 tahun itu juga memiliki dua menantu perempuan iaitu Elisya Sandha dan Beatrice Valeria Chitra serta dua cucu.