Sheila Majid terima menantu lelaki, anak sulung Kayda Aziz sah bergelar isteri

Iklan

PENYANYI jazz legenda, Datuk Sheila Majid menerima menantu lelaki apabila anak sulungnya,  Kayda Aziz selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya dikenali sebagai Syafiq pada Isnin.

Menerusi hantaran penyanyi, rapper dan hos terkenal Hunny Madu, Kayda atau nama penuhnya Wan Nur Khaleda memakai sepersalinan kurung moden putih manakala suaminya pula berbaju Melayu teluk belanga.

Iklan
Iklan

Foto: Instagram Ckay Liow

Turut kelihatan dalam majlis berkenaan ialah penyanyi terkenal Indonesia, Afgan.

Iklan

Terdahulu, Kayda mengikat tali pertunangan dengan jejaka tersebut pada Jun 2025. 

Penyanyi tersohor Afgan turut kelihatan pada majlis perkahwinan Kayda.

Iklan

Kayda Aziz merupakan seorang penyanyi yang memilih genre rap. Dia mula akti dalam bidang seni sejak berusia 12 tahun lagi.

Sekadar info, Kayda dan Megat Abdul Majid ialah cahaya mata Sheila daripada rumah tangga pertamanya bersama pemuzik terkenal, Roslan Aziz yang dibina pada 14 Februari 1989.

Mereka kemudian berpisah pada 4 April 2000.

Sheila kemudian mendirikan rumah tangga dengan Datuk Hashridz Murshim atau Acis pada 3 Jun 2003 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Khadeja Zaireen Murshim dan Khalefa Laila Murshim.