Kamal Adli luang masa dengan anak lepaskan rindu, kehadiran ayah tiri Uqasha undang pujian. 'Naluri seorang bapa yang amat dihormati'

Iklan

PELAKON Kamal Adli meluangkan bersama anak tunggalnya, Hawra Uqaira di sebuah taman permainan kanak-kanak menjadi perhatian warganet.

Menerusi di Instagram, Kamal meluahkan melalui momen bermakna dalam hidupnya bersama permata hati tercinta.

Iklan
Iklan

"Best day of my life!" titipnya ringkas.

Iklan

Warga maya yang mengikuti hantaran berkenaan rata-rata mengakui tumpang bahagia melihat kasih sayang yang dizahirkan serta kemesraan bapa dan anak itu.

Tidak kurang yang memuji keluarga Uqasha apabila bapa tirinya, Mohd Fariz Iskandar turut hadir dalam pertemuan berkenaan.

Iklan

Ujar mereka;

"Anak perempuan memang manja dengan ayah. Luang masa masih kecil ini menyeronokkan dan berharga untuk dikenang."

"Masya-ALLAH. Alhamdulillah, lepas rindu anak dan ayahnya."

"Salute dan respect kepada bapa tiri bekas isterinya, memang ada naluri seorang bapa yang amat dihormati."

Sekadar info, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di hadapan Hakim Mahkamah Syarie, Siti Noraini Mohd Ali pada 12 Januari lalu.

Uqasha terdahulu memfailkan permohonan perceraian pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman dan masalah rumah tangga yang berlaku sejak April 2025.

Untuk rekod, pasangan itu diijab kabul pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.