PENGACARA dan personaliti televisyen Ahmad Fedtri Yahya berkongsi berita gembira anak keduanya, Ahmad Wildan Arjuna meraih keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2025.
Menerusi laman sosial Instagram, pengacara Jejak Rasul itu terdahulu memuat naik tangkap layar keputusan anaknya.
"Alhamdulillah syukur. Arjuna dapat 9A UPKK
"Tahniah abang. Semoga terus maju jaya pada masa hadapan dan terus berjuang untuk menggapai misi-misi seterusnya," titipnya.
Bapa kepada empat cahaya mata itu berkongsi video Arjuna yang menangis saat menatap keputusan yang terpampang pada ruangan skrin telefon.
Suasana menjadi sebak apabila kedua-duanya saling berpelukan dan melafazkan syukur mendapat keputusan A dalam semua subjek.
"Alhamdulillah. Dulu tengok kakak je. Sekarang abang pulak. Kejayaan kecil hari ini untuk motivasi pada masa depan.
"Abang nangis sebab dia takut kecewa. Tapi akhirnya berjaya. Apa jua keputusan, kena hargai penat lelah anak. Perkara utama ialah jiwa pada ‘agama’ itu kena ada.
"Rezeki Ramadan," titip Fedtri.
Terdahulu, anak sulungnya, Indah Sutera Jannah turut meraih keputusan cemerlang dalam dalam peperiksaan berkenaan pada tahun 2023.
Sekadar info, Fedtri dan isteri Nurul Anati berkahwin pada Mei 2011.
Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Indah Sutera Jannah, 14, Ahmad Wildan Arjuna, 12, Indah Rauvda Inaara, 9, dan Ahmad Firaas Mevlana,7.