Anak saudara Alam Wakaka meninggal dunia. 'Baby Faleeq telah tinggalkan kita'

Iklan
Foto: TikTok Alam Wakaka

KOREOGRAFER terkenal Alam Wakaka Krew berkongsi berita duka anak saudaranya, Baby Faleeq meninggal dunia.

Menerusi hantaran di Instagram, Alam berkongsi pemergian si kecil pada Ahad malam.

Iklan
Iklan

"Assalamualaikum semua. Hari ini 1 Mac 2026. Beberapa minit lepas, Baby Faleeq telah tinggalkan kita.

"Jadi, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang banyak doakan untuk Faleeq. Terima kasih kepada semua yang banyak bagi semangat pada Faleeq. 

Iklan

"Terima kasih kepada semua yang sentiasa tanya tentang  Faleeq. Hari ini, Faleeq telah pergi buat selamanya," kongsinya di Instagram.

Foto: TikTok Alam Wakaka

Iklan

Dalam hantaran yang sama, Alam atau nama sebenarnya Muhamad Haslam Abd Rahman, 40, meminta dihalalkan segalanya yang telah diberikan buat si kecil itu termasuk sumbangan yang pernah diberikan kepada Allahyarham Faleeq sepanjang menerima rawatan.

"Reda atas pemergiannya, Faleeq sudah penat. Sudah masa ALLAH panggil dia balik,” tulisnya.

Terdahulu, Alam berkongsi perkembangan Faleeq di laman sosial TikTok. Pada November 2025, Alam berkongsi keadaan Allahyarham yang disahkan mengalami serangan kuman pada otak hingga mengakibatkan gangguan sistem saraf.

Difahamkan, Allahyarham dimandikan di Hospital Kota Tinggi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tenggara, Kota Tinggi, Johor.

Sumber: Instagram