PEMPENGARUH dan usahawan, Kieda Crepe selamat menimang cahata mata ketiganya.
Menerusi hantaran di Insta Story, Kieda atau Siti Nur Khalieda Yusra, 28, berkongsi berita gembira kelahiran anak lelakinya yang dilahirkan secara normal.
"Salam. selamat semuanya. Yang pasti hero, tarikh 27 Mac 2026, jam 12.06 tengah malam.
"Sama birthday Fia. Baby besar 3.7 kilogram. Saya bersalin normal, ada jahitan sedikit kerana sangkut bahu. First degree sahaja jahitannya.
"Terima kasih kepada semua yang mendoakan, Kieda sayang semua," kongsinya.
Dalam pada itu, usahawan crepe popular itu menyatakan kesyukuran dianugerahkan cahaya mata dan berharap si kecil membesar sebagai penyejuk mata keluarga.
"Masya-ALLAH, tabarakallah, bayi yang sempurna ini adalah anugerah terbesar Amy dan Kieda.
"Selamat datang wahai si kecil yang diberkati..Semoga menjadi anak yang baik dan dirahmati Allah..Semoga bayi ini menjadi penyeri keluarga dan sumber kebahagiaan," titipnya.
Kieda terdahulu pernah mengalami keguguran kandungan kembar pada Ogos 2024 ketika usia kehamilan 10 minggu.
Terdahulu, Kieda yang mengalami Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) dan suami, Muhammad Hilmi Mohd Zaki menunggu hampir tujuh tahun untuk menimang anak ketiga.
Pasangan itu sebelum ini sudah mempunyai dua anak lelaki.