'Dulu pernah jahit baju sampai overtime malam raya, sekarang saya beraya dengan tenang'- Ezuwan Ismail akui kini utamakan keluarga

Iklan

DUNIA feysen bukanlah asing bagi pemilik nama Ezuwan Ismail. Bagi dirinya, fesyen bukan sekadar pakaian, ia adalah statement, seni dan personaliti yang bergerak bersama si pemakai.

Namun, entah kenapa, tahun ini, pereka terkenal dengan gelaran #TukangJahitTermahirMalaysia itu seolah-olah menyepi dari muncul dengan busana Syawal mahupun Ramadan seperti kebiasaan sebelum ini.

Iklan
Iklan

SinarPlus yang bertemu dengan empunya diri sempat bertanyakan hal tersebut.

Menurut Ezuwan, dia mengambil langkah berani dengan meninggalkan seketika glamor runway, fokus pada ready-to-wear yang boleh terus dibawa pulang.

Iklan

“Tahun ini tiada istilah fesyen show mewah, tiada gemerlapan lampu spotlight, tetapi koleksi tahun ini tetap 'wow' dan mudah dimiliki semua orang,” ungkapnya penuh makna.

Iklan

Menurut pereka berusia 44 tahun itu lagi, keputusan untuk tidak mengadakan fashion show Raya kali ini datang secara tiba-tiba.

“Sebenarnya saya tarik diri saat akhir. Fokus saya tahun ini ialah ready-to-wear, yang mana pelanggan boleh beli online atau terus ke butik. Lebih praktikal dan mesra pengguna

“Kalau dibandingkan tahun-tahun sebelumnya, tahun ini orang kurang buat tempahan. Ramai pilih butik online dengan harga lebih murah.

“Jadi saya cipta alternatif dengan menyediakan koleksi di bawah label kedua iaitu Tukang Jahit Termahir Malaysia (TJTM), yang lebih mampu milik tetapi tetap berkualiti,” ujarnya lagi.

Di bawah label ini, harga rekaan bermula daripada RM80 hingga RM500.

“Konsep saya main dengan volume. Bila jual satu, dua, lebih ramai boleh pakai dan nikmati. Koleksi tudung, baju kurung, abaya dan handbag memang mendapat sambutan,” kata Ezuwan.

Walaupun harga lebih rendah, dia tetap mengekalkan kualiti.

“Walaupun mampu milik, semua rekaan saya tahan lama dan kemas.

“Orang tahu di sebalik jenama ini ada Ezuwan Ismail, jadi mereka yakin dengan kualiti, bukan sekadar ikut trend,” tegas bapa kepada dua cahaya mata itu lagi.

Ikut trend

Fokus kepada ready-to-wear juga membolehkan Ezuwan menyeimbangkan hidup menjelang raya.

“Dulu, sebelum raya, janji temu penuh, kerja lebih masa sepanjang Ramadan. Malah, malam sampai pagi.

“Tahun ini saya nak balik raya dengan tenang, jadi saya jual barang dah siap sahaja. Masih ada tempahan custom, tapi saya kurangkan,” kongsinya lagi.

Ezuwan menekankan pendekatan ini sesuai dengan kehendak masyarakat sekarang.

“Orang sekarang suka ikut trend, tapi tetap ambil kira kualiti.

“Jadi kita sebagai pereka kena fikir cara terbaik, buat sesuatu yang mesra poket, cantik, dan berkualiti. Semua orang boleh rasa dan puas hati,” ulasnya.

Ditanya pandangan tentang fesyen masa kini, Ezuwan mengakui tahun ini lebih menonjolkan volume dan variasi tanpa kompromi gaya.

Tudung unik, abaya lembut, baju kurung moden dan handbag elegan, semuanya direka untuk mudah dipakai dan tetap tampil eksklusif.

Bagi Ezuwan, tahun 2026 bukan sekadar tentang angka jualan, tetapi tentang strategi, keseimbangan hidup dan kemampuan menyesuaikan diri dengan trend.

Melalui TJTM, beliau membuktikan bahawa fesyen eksklusif boleh dinikmati ramai, tanpa mengorbankan kualiti, gaya atau identiti pereka.