'Percaturan ALLAH indah walau berat' – Aidilfitri mengadu sakit perut, isteri pergi selamanya pada hari lahir anak akibat kanser

Iklan

KEGEMBIRAAN satu keluarga tiba-tiba direntap dengan pemergian  insan tersayang dalam tempoh yang terlalu singkat.

Itulah situasi yang dialami Shahrizal Mahadi, yang kehilangan isteri tercinta, Nurul Afiqah Rahman selepas dia itu disahkan menghidap kanser perut.

Iklan
Iklan

Lebih menyayat hati, Allahyarham  menghembuskan nafas terakhir pada 17 April yang merupakan hari yang sepatutnya diraikan sebagai ulang tahun kelahiran anak sulung mereka.

Iklan

Perjalanan yang bermula dengan sakit biasa sejak Mac lalu, rupa-rupanya menyimpan ujian besar yang tidak dijangka.

Shahrizal  menerusi laman Threads miliknya mengakui, dia tidak pernah terlintas bahawa kesakitan itu akan membawa kepada perpisahan yang begitu cepat.

Iklan

“Tapi kami ambil keputusan ke hospital pakar untuk dapatkan keputusan dengan lebih cepat. Di situlah kami diuji sekali lagi… bila doktor sahkan dia menghidap kanser perut.

"Aku cuba kuat tahan air mata supaya tak nampak lemah di depan dia dan anak anak… tapi akhirnya gugur juga," luahnya.

Dalam tempoh singkat itu, kehidupan yang sebelum ini terasa lengkap tiba-tiba berubah arah. Dari harapan untuk sembuh, bertukar menjadi persiapan menghadapi kehilangan.

Namun di sebalik kesedihan yang masih terasa, Shahrizal memilih untuk melihat sisi lain yang lebih menenangkan hati. Baginya, setiap yang berlaku tetap tersusun indah dalam aturan Ilahi.

“Malah, ALLAH kirimkan ramai insan baik yang membantu menguruskan segalanya. Urusan pengebumian juga dipermudahkan… dan dia pergi pada hari yang paling mulia,” katanya lagi.

Perkongsian tersebut turut disertakan dengan satu video kenangan, rakaman sambutan hari lahir isterinya pada 25 Mac lalu, yang kini menjadi memori terakhir bersama.

 

"Video kegembiraan terakhir aku sempat rakam masa birthday dia, 25.3.26 dan 17.4.26 isteriku pergi buat selamanya… pada hari lahir anak sulung kami.

"Aku rindu senyumannya. Rindu suaranya. Rindu setiap perkara kecil yang dulu aku anggap biasa.

"Aku reda, ALLAH lebih menyayangimu. Semoga setiap sakitmu jadi penghapus dosa, dan ALLAH tempatkan kau di syurga tertinggi. Moga kita bertemu semula di sana. Al-Fatihah - Nurul Afiqah binti Rahman," titip Shahrizal lagi.