Ubai hadiah Suzuki Vitara, mahu adik kejar impian jadi pendidik - 'Moga jadi guru macam arwah mak impikan...’

Iklan

PEMPENGARUH dan suami kepada penyanyi Shila Amzah, Ubai berkongsi rasa gembira apabila berjaya menghadiahkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenama Suzuki buat adik perempuannya, Alieyatul Lailah.

Personaliti media sosial itu meluahkan rasa syukur kerana dapat berkongsi rezeki dengan adik bongsunya.

Iklan
Iklan

Ubai atau nama penuhnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkeflin, 28, berkata Suzuki Vitara itu bukan sekadar hadiah, tetapi sebagai pembakar semangat untuk Alieyatul merealisasikan impian ibu mereka untuk melihatnya bergelar seorang pendidik.

Iklan

Dalam masa yang sama, Ubai turut mendoakan agar adiknya lebih bersemangat dengan kenderaan baharu itu.

"Alhamdulillah, dapat hadiahkan adik saya sebuah kereta.

Iklan

"Semoga menjadi guru yang berdedikasi seperti arwah mak impikan.

"Dan semoga lebih ‘kalcer’ bersama kereta baru selepas ini," kongsinya yang turut memuat naik foto mereka sekeluarga di samping kenderaan berona kuning itu.

Perkongsian berkenaan menjadi perhatian orang ramai yang rata-ratanya memuji keprihatinan Ubai sebagai abang dan kemurahan hatinya.

Terdahulu, Alieyatul Lailah meraih keputusan cemerlang A dalam semua 10 mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.