'Bomba, doktor pelik aku boleh selamat' - Lelaki kongsi terperangkap 3 jam dalam longkang 12 meter, lutut terbelah siap ada kulit ular!

Iklan

DETIK cemas dan ngeri yang dilalui oleh seorang lelaki yang menggunakan nama akaun sebenarnyayen di aplikasi Threads benar-benar menguji kecekalan hati.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Naim, 32, terpaksa menanti lebih tiga jam di dalam longkang sedalam 12 meter sebelum diselamatkan dalam kejadian di Taman Melaka Perdana, Ayer Keroh.

Iklan
Iklan

Perkongsiannya itu tular baru-baru ini selepas dia tampil memperbetulkan laporan media yang mendakwa dirinya terjatuh kerana mahu menyelamatkan seekor kucing.

Menerusi luahan dimedia sosial miliknya, Naim berkongsi yang dia sebenarnya hanya mahu mengambil barang di belakang rumahnya.

Iklan

Malang tidak berbau apabila penutup konkrit yang dipijaknya tiba-tiba pecah, menyebabkan dia terus meluncur ke dasar longkang yang sangat dalam pada waktu kejadian kira-kira jam 11 pagi.

Iklan

"12 meter! Dan kepada PBT, kau ada longkang sedalam ni kat belakang rumah tapi tak pernah selenggara," luahnya berbaur kesal dengan aspek keselamatan kawasan tersebut.

Suasana sunyi dan gelap pastinya merentap emosi sesiapa sahaja yang berada di tempatnya.

Bayangkan, dalam keadaan cedera parah dan berlumuran darah, jeritan meminta tolong langsung tidak kedengaran oleh sesiapa dari atas permukaan.

"Aku tersekat sampai sekurang-kurangnya tiga jam sebab aku tinggi dan longkang ni dalam sangat untuk keluarkan," katanya lagi yang menyifatkan keajaiban masih memihak kepadanya.

Bukan itu sahaja, keadaan di dalam lubang gelap itu turut menguji ketahanan mentalnya apabila terpaksa berdepan dengan sisa-sisa alam yang mengerikan.

Tajam macam pisau

Lelaki itu sempat berseloroh dalam trauma menyatakan ada kulit ular yang sudah bersalin di dalam kawasan tersebut, namun dia bersyukur kerana tiada haiwan berbisa yang menyerangnya ketika itu melainkan serangga aneh yang merayap di badan.

Menjawab pertikaian sesetengah pihak mengenai anggaran kedalaman longkang tersebut, Naim menegaskan bahawa struktur itu memang terlalu tinggi dan mustahil untuk dipanjat dalam keadaan biasa, apatah lagi dengan kecederaan fizikal yang dialaminya.

"Ada orang cakap bukan 12 meter, mungkin itu keterlaluan tapi ia semestinya bukan empat meter. Aku sendiri dah dua meter, kalau empat meter jatuh mesti aku senang sahaja nak panjat.

"Boleh cederakan mata dan muka atau kepala aku, tapi Tuhan Maha Berkuasa," ceritanya mengimbas detik cemas tersebut.

Kesan daripada impak jatuh yang kuat, dia kini terlantar di hospital bagi mendapatkan rawatan intensif.

Keperitan yang dilalui bukan sedikit kerana pergerakannya kini terbatas sepenuhnya akibat luka-luka parah yang dialami pada anggota badan.

"Aku juga baru sedar ada lebih kurang lapan jahitan di punggung. Patutlah sakit sangat," kongsinya yang kini fokus untuk kembali sembuh.