Pencarian berakhir duka, Nur Izzati ditemui meninggal dunia selepas empat hari hilang di Bukit Changkat Asa

Iklan

TIADA apa yang lebih meruntun jiwa sebuah keluarga selain daripada kepulangan seorang anak yang dinanti-nantikan berakhir dengan khabar duka yang merentap tangkai hati. 

Impian melihat remaja perempuan, Nur Izzati Humaira Azizul, 19, kembali ke pangkuan dengan selamat selepas dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu berkecai apabila dia disahkan telah pergi buat selama-lamanya. 

Iklan
Iklan

Pemergian mengejut gadis sunti ini di usia yang begitu muda bukan sahaja meninggalkan trauma yang mendalam buat insan tersayang, malah mengundang hiba seluruh masyarakat yang sejak awal mendoakan keselamatannya ketika tersesat di Bukit Changkat Asa, Hulu Selangor.

Iklan

Suasana pilu menyelubungi lokasi pencarian sebaik sahaja jasadnya ditemui dalam keadaan kaku. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar mengesahkan bahawa jasad mangsa ditemui di kawasan kebun, iaitu kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir arwah dilihat dan satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian. 

Iklan

Menurut beliau lagi, operasi hari ini dimulakan dengan Unit Anjing Pengesan JBPM bersama pihak PDRM, APM, Bomba Sukarela, Pejabat Hutan, Pejabat Tanah, Malim Gunung serta barisan sukarelawan sebelum Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia menemui jasad tersebut pada jam 11.58 pagi hari Selasa.

Tragedi ini menjadi peringatan buat kita semua terutamanya peminat aktiviti luar tentang betapa berharganya setiap detik nyawa dan pentingnya aspek keselamatan ketika beriadah. 

"Mangsa ditemui telah meninggal dunia dan diserahkan pada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya," kata Ahmad Mukhlis yang turut memaklumkan bahawa mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi tujuan bedah siasat. 

Kehilangan ini pastinya meninggalkan parut luka yang amat dalam, dan seluruh doa dipanjatkan agar keluarga mangsa tabah menghadapi ujian yang teramat berat ini.