Syasya Rizal jawab dikata bazirkan usia 20-an kerana pilih kahwin & jadi ibu: 'Ini impian saya doakan dalam diam'

Iklan

SIAPA kata kahwin dan jadi ibu pada usia muda itu satu pembaziran waktu?

Bagi penyanyi Syasya Rizal, kebahagiaan itu subjektif dan dia memilih jalan hidupnya sendiri tanpa peduli kata-kata orang.

Iklan
Iklan

Baru-baru ini, bekas anggota kumpulan Dolla itu meluahkan isi hatinya di TikTok tentang persepsi segelintir pihak yang menganggap fasa usia 20-an sepatutnya dihabiskan untuk berseronok dan mengejar dunia, bukannya memikul tanggungjawab keluarga.

Namun, ibu muda berusia 25 tahun itu ada jawapan yang cukup matang dan mendalam untuk membungkam kritikan tersebut:

Iklan

"Mereka kata saya bazirkan masa ketika usia 20-an, terlalu muda untuk berkahwin dan terlalu muda untuk menjadi seorang ibu. Katanya umur macam ini sepatutnya bebas, melancong jauh-jauh dan kejar dunia.

"Tapi mereka tak tahu, dunia yang saya kejar selama ini sedang berjalan dengan saya.

Iklan

"Bagi orang lain, mungkin ini pengorbanan tapi bagi saya, inilah impian yang saya doakan dalam diam." ungkap ibu kepada sepasang cahaya mata itu lagi.

Tenaga  paling  mahal

Perkongsian ikhlas daripada pemilik nama sebenar, Norsyasya Afiqah Binti Shahrizal itu nampaknya membuka 'ruang meluahkan perasaan' buat netizen di ruangan komen.

Rata-rata wanita yang juga mendirikan rumah tangga pada usia muda tampil memberikan sokongan moral.

Ada yang berkongsi cerita berkahwin pada usia 20 tahun dan kini boleh fokus menyambung pelajaran ke peringkat ijazah kerana anak-anak sudah membesar.

Tidak kurang juga yang menasihati bahawa waktu muda inilah tenaga paling mahal untuk mendidik anak-anak, supaya apabila menua kelak, mereka boleh fokus sepenuhnya kepada ibadah.

Malah, ada juga yang sempat menitipkan rasa ralat kerana menolak jodoh awal semata-mata mahu bebas 'enjoy' sehingga tersedar di usia 40-an.

Untuk rekod, Syasya mendirikan rumah tangga bersama Nasrullah pada 20 April 2024.

Hasil perkongsian hidup yang harmoni itu, pasangan merpati sejoli ini kini bahagia dikurniakan dua orang cahaya mata.

Nyatanya, setiap orang mempunyai garis masa dan takdir hidup yang berbeza, apa yang penting adalah kebahagiaan yang dicari itu diredai.