PENYANYI dan bekas penyampai radio, Aril Pilus berkongsi pengalaman baharu menyertai aktiviti dakwah selama tiga hari bersama jemaah tabligh.
Menerusi hantaran TikTok, pemilik nama Khairil Azam Pilus itu memuat naik suasana aktiviti jemaah dan bersyukur berpeluang belajar serta memperbaiki diri.
"Pertama kali ikut keluar tiga hari, masya-ALLAH! Seronoknya Ya ALLAH!
"Terima Kasih ALLAH kerana pilih saya untuk rasa sendiri pengalaman ni. Banyak nasihat saya terima. Banyak benda saya belajar. Syukur Ya ALLAH, aamiin," titipnya.
Menerusi video yang dikongsi, Aril dilihat menikmati hidangan di dalam dulang dan mengikuti kuliah agama.
Warganet menzahirkan rasa gembira dengan perkembangan yang dikongsikan naib juara Akademi Fantasia Musim Ke-7 itu. Tidak kurang yang berkongsi pengalaman masing-masing.
"Kita makan setalam hari pertama tu. Tak sangka Aril kali pertama keluar."
"Sepagi atau sepetang di jalan ALLAH, lebih baik dari dunia dan segala isinya. Terbaik.:
"Alhamdullilah kawan. Don't back the old net, always looking ahead"
"Masya-ALLLAH Aril, moga menjadi asbab hidayah, insya-ALLAH."
Sumber: TikTok