LAMA tidak mendengar kisah Wani, penyanyi yang popular dengan lagu Alhamdulillah,
Pemilik nama penuh, Nur Syazwani Selamat, baru-baru ini menuai perhatian ramai apabila dikhabarkan sudah bertunang.
Berita tersebut dimuat naik menerusi satu media sosial yang turut dikongsikan sekeping gambar Wani dipelaminan.
Pihak SinarPlus berkesempatan menemu bual gadis manis yang turut mesra disapa wani Syaz itu.
Penyanyi berasal dari Batu Pahat, Johor, itu ketika diminta berkongsi perjalanan majlis pertunangan mendedahkan, mengambil masa lebih kurang dua bulan untuk mengadakan segala persiapan
Pasangan tersebut dikatakan sudah mula mengenali sejak dari 2023 lagi.
"Wani buat majlis tunang mmg khas untuk family terdekat saja sebab plan Insyaaallah majlis besar baru war war kan," kongsi Wani yang pernah menyertai program realiti, Gema Gegar Vaganza (GGV) musim pertama.
Dedah pelantun lagu Pendusta Cinta itu lagi, tunangannya itu asalnya peminat dirinya, tetapi hubungan tersebut semakin berkembang dan mereka cukup serasi pulak sebab sama-sama berniaga.
"Setakat ini belum ada tarikh tetap lagi tapi Insya-ALLAH kemungkinan tahun 2027 akan berlangsung majlis nikah.
Berkongsi perkembangan karier sebagai anak seni, Wani mengakui masih aktif lagi dalam dunia seni.
"Setakat ini saya memang sepenuh masa menguruskan bisnes restoran," ujarnya lagi.