Plot twist betul! Pencuri pecah masuk dua kali premis Fazren Rafi, siap tinggal limau purut, garam – 'Kena santet ke ni?'

Iklan

DUGAAN demi dugaan terpaksa dilalui oleh pelakon kacak, Fazren Rafi apabila premis perniagaannya menjadi sasaran jenayah dalam tempoh masa yang sangat singkat.

Selepas kantin yang diusahakannya dipecah masuk pada Isnin lalu, kini giliran central kitchen miliknya pula didakwa menjadi mangsa pencerobohan individu tidak bertanggungjawab.

Iklan
Iklan

Namun, di sebalik detik cemas dan kerugian yang dihadapi, ada satu plot yang agak melucukan dan mencuri perhatian netizen.

Rupa-rupanya, pencuri tersebut bukanlah menyasarkan wang tunai beribu-ribu ringgit atau peralatan dapur yang mahal, sebaliknya hanya ‘melarikan’ barangan asas memasak.

Iklan

Menerusi perkongsian di media sosialnya, Fazren mendedahkan bahawa barangan yang diambil hanyalah minyak masak, sardin, tepung dan gula.

Apa yang lebih misteri dan mencurigakan, pencuri berkenaan sempat meninggalkan buah limau purut di dalam dapur serta garam di bahagian belakang kedai.

Iklan

"Macam kesian pula..."

Melihat kepada senarai barang yang dicuri dan barangan yang ditinggalkan, Fazren sempat berseloroh dan ‘mengusik’ situasi tersebut.

Malah, dia secara berseloroh mendakwa dirinya mungkin ‘kena santet’ atau disihir berdasarkan barangan pelik yang ditinggalkan oleh pelaku yang sempat terakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

"Tapi dia tinggalkan limau purut kat kitchen dan garam kat belakang kedai. Kena santet la ni,” tulisnya bersahaja.

Gaya santai Fazren dalam mengendalikan situasi cemas ini nyata menarik perhatian pengikutnya.

Rata-rata netizen terhibur dengan usikannya, namun dalam masa yang sama tetap mendoakan agar urusan perniagaan pelakon itu dipermudahkan dan dilindungi daripada sebarang niat jahat.

Dugaan demi dugaan terpaksa dilalui oleh pelakon kacak, Fazren Rafi apabila premis perniagaannya menjadi sasaran jenayah dalam tempoh masa yang sangat singkat.

Selepas kantin yang diusahakannya dipecah masuk pada Isnin lalu, kini giliran central kitchen miliknya pula didakwa menjadi mangsa pencerobohan individu tidak bertanggungjawab.

Namun, di sebalik detik cemas dan kerugian yang dihadapi, ada satu plot yang agak melucukan dan mencuri perhatian ramai.

Rupa-rupanya, pencuri tersebut bukanlah menyasarkan wang tunai beribu-ribu ringgit atau peralatan dapur yang mahal, sebaliknya hanya ‘melarikan’ barangan asas memasak.

Menerusi perkongsian di media sosialnya, Fazren mendedahkan bahawa barangan yang diambil hanyalah minyak masak, sardin, tepung dan gula.

Apa yang lebih misteri dan mencurigakan, pencuri berkenaan sempat meninggalkan buah limau purut di dalam dapur serta garam di bahagian belakang kedai.

Melihat kepada senarai barang yang dicuri dan barangan yang ditinggalkan, Fazren sempat berseloroh dan ‘mengusik’ situasi tersebut.

Malah, dia secara berseloroh mendakwa dirinya mungkin ‘kena santet’ atau disihir berdasarkan barangan pelik yang ditinggalkan oleh pelaku yang sempat terakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

“Isnin lepas kantin kena masuk pencuri, hari ni pula central kitchen Faz kena pecah masuk, tapi macam kesian kat dia ambil minyak, sardin, tepung dan gula.

"Tapi dia tinggalkan limau purut kat kitchen dan garam kat belakang kedai. Kena santet la ni,” kongsi Fazren mengenai kejadian itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan tidak kurang juga yang terkejut dengan tindakan berani pencuri tersebut.

"Kenapa ada orang macam ni?" dan"Jahatnya manusia zaman sekarang," tulis beberapa netizen yang geram dengan insiden berkenaan.

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar urusan pelakon ini dipermudahkan serta dilindungi daripada sebarang musibah.

Antara komen yang ditinggalkan termasuklah,"Innalillahi wa inna ilaihi raji'un, semoga dipermudahkan segala urusan & dilindungi," serta"Allahuakbar semoga ALLAH lindungi kalian."

Malah, ada juga yang sempat memberikan tips keselamatan dengan menulis,"Pasang CCTV ada suara pastu 'sergah' pencuri tu."

Bagaimanapun, tindakan pencuri yang meninggalkan garam dan limau purut itu membuatkan ramai netizen mula mengaitkannya dengan perbuatan tidak bermoral serta unsur mistik.

"Tu macam teknik pukau.. familI saya pun pernah kena macam ni..." kongsi seorang pengikutnya yang pernah melalui pengalaman hampir serupa.

Malah, ada yang mendakwa perniagaan kantin sememangnya sering menjadi sasaran pihak yang tidak berpuas hati.

"Kantin sekolah memang ramai yang dengki.. sekolah saya dulu makcik kantin selalu meracau."

"Dah la mencuri, sempat pulak nak santet. Semoga dilindungi," ulas netizen lagi.

Bukan itu sahaja, ada juga yang berkongsi kisah lucu tentang kecurian di kantin yang seolah-olah menjadi trend sekarang.

"Kantin sekolah anak saya pun kena pecah last week.. Ambik telur je.. dia ingat orang nak letak barang berharga ke dalam kantin tu huhu," tulisnya.

Apa-apa pun, biasalah,kan. Adat berniaga pasti ada pasang surut dan dugaannya.

Semoga Fazren Rafi kekal tabah dan dipermudahkan rezeki selepas ini!