'Kebenaran berpihak pada yang benar...' Bella Astillah mohon doa untuk Syed Saddiq

Iklan
Foto: Tangkap layar video Sinar Harian, Instagram Syed Saddiq

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah memohon orang ramai mendoakan tunangnya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Pelantun lagu Pano itu tiba di Istana Kehakiman, Putrajaya dengan berbaju kurung berona putih kelabu pada 7.25 pagi bersama ahli keluarga bagi memberikan sokongan.

Iklan
Iklan

Pemilik nama Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, itu terdahulu berharap agar semua pihak dapat memberikan ruang dan sokongan serta dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada proses keadilan.

Foto: Ihsan Sinar Harian (Asril Awandi)

Iklan

"Tak banyak yang ingin saya katakan.  Hanya doa dan harapan agar segala urusan esok dipermudahkan, hati terus dikuatkan dan kebenaran berpihak pada yang benar.

"Mohon titipkan doa yang baik-baik buat Syed Saddiq. Bismillah, ALLAH SWT Maha Adil dan saya percaya setiap doa yang baik dari orang baik-baik tidak akan pernah sia-sia. Insya-ALLAH, aamin," kongsinya di Instagram pada Ahad.

Iklan

Hari ini keputusan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq akan atas empat kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) akan diputuskan.

Foto: Ihsan Sinar Harian (Asril Awandi)

Mahkamah pada 30 Jun lalu menangguhkan kes berkenaan apabila seorang daripada tiga hakim panel terbabit mengambil cuti sakit.

Sekiranya rayuan akhir oleh pendakwaan dibenarkan, Syed Saddiq akan terus dibawa ke penjara untuk menjalani hukuman penjara tujuh tahun.

Hukuman penjara itu boleh ditambah lagi empat tahun sekiranya Syed Saddiq gagal membayar denda RM10 juta yang turut dikenakan terhadapnya.

Sumber: Instagram, Sinar Harian