Sebak & terharu! Berlari 170km demi Muar, Syed Saddiq berjaya kumpul RM54,692 hari pertama

Iklan

BUKAN biasa-biasa penangan larian kesyukuran ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Manakan tidak, baru sahaja hari pertama memulakan larian, tabung dana kebajikan yang dilancarkannya sudah pun mencecah RM54,692.

Misi larian sejauh kira-kira 170 kilometer bermula dari Istana Kehakiman, Putrajaya menuju ke destinasi akhir di Muar, Johor itu bukan sekadar larian biasa. Ia sarat dengan mesej kesyukuran, kebebasan, dan dedikasi luar biasa untuk rakyat.

Iklan
Iklan

Melalui perkongsian di laman sosialnya, Syed Saddiq meluahkan rasa terharu dan tidak menyangka akan sambutan luar biasa daripada masyarakat setempat sepanjang laluan lariannya.

Iklan

Larian hari pertama yang merentasi laluan dari Putrajaya ke Salak Tinggi, sebelum berakhir di Labu, Negeri Sembilan, menyaksikan ribuan penyokong berdiri di tepi jalan memberikan kata-kata semangat.

"Sampai di Labu, saya terkejut melihat lautan manusia yang masih setia menunggu walaupun hari sudah lewat malam. 

Iklan

"Saya yang berlari, tetapi anda semua yang sebenarnya menggerakkan perjalanan ini," titipnya di Instagram.

Di sebalik keringat yang menitis, ada misi murni yang sedang diperjuangkan. Larian selama empat hari berkenaan menyasarkan kutipan dana sebanyak RM200,000 yang akan disalurkan sepenuhnya untuk program Foodbank dan pembelian iPad bagi kegunaan pelajar kurang berkemampuan di kawasannya.

Terdahulu, ahli politik berusia 34 tahun itu menyifatkan larian berkenaan sebagai simbolik 'anda kesyukuran selepas melalui perjuangan panjang selama enam tahun sebelum berjaya membersihkan namanya.

Larian yang bermula selepas jam 5 petang itu turut disertai tunangnya iaitu penyanyi dan pelakon, Bella Astillah serta dua lagi individu.

Dalam video tular, bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata beliau sepatutnya bercuti namun memilih memanfaatkan masa yang ada untuk memulakan larian berkenaan sebagai tanda syukur dan demi Muar.

"Saya patut bercuti, tetapi saya memilih jalan yang lain kerana saya betul-betul ingin menunjukkan kesyukuran kepada ALLAH SWT, kepada warga Muar, kepada para hakim. 

"Sebab itu saya berada di depan Istana Kehakiman. Dan insya-ALLAH kami dapat memberikan banyak jenis bantuan ke Muar dengan pemungutan yang kami dapat. Doakan semua berjalan dengan lancar dan baik," katanya menerusi laman sosial Team Saddiq.

 

Sumber: Instagram 1, 2