AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi momen istimewa sempena ulang tahun kelahiran ibunya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz yang ke-66 menerusi satu video dimuat naik di Instagram.
Sambutan di sebuah restoran itu turut dihadiri tunang Syed Saddiq, penyanyi dan pelakon Bella Astillah.
Lebih manis lagi, pasangan dua sejoli itu sempat menghadiahkan sebuah telefon pintar baharu buat bonda tersayang.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu sempat berseloroh mengenai hubungan akrabnya dengan ibu tersayang.
"Walaupun anak mama yang seorang ni nakal sikit dan suka perli mama, tetap anak paling disayangi, kan?
"Yang lain jangan jealous," tulisnya berseloroh.
Sementara itu, Bella pula sempat menitipkan buat bakal ibu mertuanya.
"Semoga ALLAH sentiasa memberikan kesihatan yang baik buat mama dan bahagia di samping keluarga tersayang, insya-ALLAH. Aamin," katanya.
Ruangan komen turut dihujani ucapan selamat hari lahir daripada pengikut yang mendoakan kesejahteraan Sharifah Mahani.
Penampilan Sharifah Mahani yang kelihatan anggun dan awet muda pada usia 66 tahun turut mengundang pelbagai pujian daripada warga maya.
Ramai yang memuji penampilannya yang kekal jelita dan kelihatan jauh lebih muda daripada usia sebenar.
"Happy birthday teacher. Imagine masa saya sekolah Tingkatan Empat tahun 2012, mama YB umur 50 lebih rasanya. Now saya dah 30 tahun tahun. Tapi muka cikgu tak berubah langsung. She never ages! Semoga sentiasa dalam lindungan ALLAH."
" Share tips please mama. Mama nampak sangat muda dari umur."
"Happy birthday teacher Sherry, stay healthy and pretty as always
"Happy birthday mama YB cantik Very stylish dan cantik."
"Happy birthday umi! My fav teacher dekat sekolah dulu."
Sumber: Insatgram