'Terima kasih jaga saya dan Jarir' - Amira Othman hargai confinement lady, anggap orang baik-baik satu rezeki

Iklan

PENYANYI Amira Othman meluahkan rasa terharu dan bersyukur atas kehadiran perawat pantang yang menjaga diri serta anak sulungnya, Muhammad Jarir Umar sepanjang tempoh berpantang.

Pada hari ke-48 pantang, Amira menerusi perkongsian di Instagram, memuat naik hantaran yang menyentuh hati sewaktu berpisah dengan salah seorang penjaganya.

Iklan
Iklan

"Hari ni mommy sedih sebab confinement lady (CL) yang menjaga Jarir, Kak Ira yang belah kanan sudah balik. Kak Ira jaga saya and Jarir sebelah malam. Siang pula CL Sherlyy belah kiri itu (menjaga kami) tapi dia balik next week.

"Apabila jumpa orang baik-baik dalam hidup memang saya anggap satu rezeki dalam hidup. Terima kasih Kak Ira jaga Jarir dan sayang Jarir dengan ikhlasnya. Nanti datang jumpa kami lagi ye? Alhamdulillah," tulisnya.

Iklan

Perkongsian tersebut mendapat reaksi positif warganet yang turut mendoakan kesejahteraan buat Amira sekeluarga. Tidak kurang yang memuji wajahnya yang semakin berseri.

Iklan

"Sebab Amira orang baik, mestilah dikelilingi orang yang baik-baik untuk Amira."

"Comelnya Ibu Jarir ini, makin berseri-seri dan cantik!"

Terdahulu, penyanyi Dalam Sujudku itu elah selamat bersalin pada 6.20 petang 23 Jun lalu di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Untuk rekod, Amira dan Fattah berkahwin pada 14 September tahun lalu.