'Masya-ALLAH cantiknya!' — Tampil berhijab, imej baharu Zahirah MacWilson jadi perhatian, rakan artis & warganet titip doa

Iklan

PENAMPILAN terbaharu aktres jelita, Zahirah MacWilson mencuri perhatian ramai selepas dia memuat naik beberapa hantaran di media sosial yang memaparkan dirinya berhijab.

Pelakon drama Good Boys Go to Heaven itu dilihat berkongsi momen indah bersama suaminya yang juga pelakon, Aiman Hakim Ridza sewaktu mereka berteduh dan menikmati percutian di sebuah resort peranginan di Jimbaran, Bali pada bulan lalu.

Iklan
Iklan

Menariknya, foto romantik pasangan tersebut rupa-rupanya dirakam sendiri oleh anak sulung mereka, Isaac Raees. Melalui ruangan kapsyen, Zahirah meluahkan rasa penuh kesyukuran dan kebahagiaan menyusuri petang yang indah bersama insan tersayang.

Iklan

"Foto pasangan diambil oleh Isaac," titipnya.

Dalam hantaran yang terdahulu, ibu kepada dua cahaya mata itu turut berkongsi beberapa lagi keping gambar percutian mesra keluarga dan bertudung.

Iklan

Penampilan manis pelakon jelita itu menerima pujian warga maya dan mengagumi kecantikan semula jadi yang dimiliki Zahirah dan menyifatkan imej bertutup itu menyerlahkan lagi keanggunan.

Rata-rata rakan selebriti menitipkan doa dan kata-kata semangat agar urusan Zahirah untuk berhijab dipermudahkan serta kekal istiqamah.

"Semoga ALLAH permudahkan segala urusan Ira," titip Hannah Delisha.

"Masya-ALLAH cantik babe," kongsi Datin Niena Baharun.

"Omg babe, so happy for you," tulis Azira Syafinaz.

"Masya-ALLAH," komen Amira Othman.

"So beautiful Ira," kongsi Liyana Jasmay.

Untuk rekod, Zahirah 29, sah bergelar isteri kepada pelakon, Aiman Hakim Ridza, 37, pada 20 Februari 2020.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata comel iaitu Isaac Raees, 5, dan Inara Raisa, 2.