6 tahun menanti, Ally Mukhriz timang anak lelaki selepas jalani IVF -' Selamat datang ke dunia, wahai anak kecil'

Iklan

KHABAR gembira daripada cucu kepada negarawan ulung, Tun Dr Mahathir Mohamed iaitu Ally Mukhriz selamat melahirkan anak sulung lelaki.

Berita itu dikongsikan Ally atau nama penuhnya Meera Alyanna Mukhriz, 31, menerusi satu hantaran di Threads.

Iklan
Iklan

"Ezran dan saya gembira untuk mengumumkan kelahiran anak lelaki kami, Eden Zakaria Ezran Cheah.

Iklan

"Dilahirkan seberat 2.9 kilogram pada 8.48 pagi, 16 Ogos 2026.

"Terima kasih semua atas ucapan kalian! Kami berharap dapat berkongsi lebih banyak  tidak lama lagi," titipnya ringkas.

Iklan

Sementara itu, ibunya, Tok Puan Seri Utama Norzieta Zakaria turut berkongsi khabar gembira kelahiran cucu tersayang menerusi hantaran di media sosial.

"Assalamualaikum. Segala puji bagi ALLAH. Hati kami melimpah ruah dengan rasa kasih sayang semasa kami dengan penuh rasa bangga menyambut kehadiran cucu lelaki kami yang amat berharga ke dalam keluarga ini. 

"Selamat datang ke dunia, wahai anak kecil! Kehadiranmu sememangnya sudah amat disayangi," kongsinya.

Terdahulu, Ally berkongsi perjalanannya mendapatkan zuriat yang dilalui selama setahun.

Pemegang Ijazah Sarjana dalam bidang Pemasaran Strategik, Imperial College Business School London itu terdahulu disahkan mengalami masalah endometriosis pada tahun 2024 dan melalui  rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).

Sekadar info, Ally yang merupakan anak kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Ezran Cheah pada 20 Februari 2020.