PELAKON dan usahawan Nur Fazura kini berada di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah.
Menerusi perkongsian di Thread, Fazura berkongsi beberapa foto berlatarkan perkarangan Masjidil Haram, Makkah.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu turut menulis kapsyen ringkas bersama emoji hati dan tanda pagar.
“ #solitude,” kongsinya.
Perkongsian tersebut menarik perhatian warganet yang rata-rata menitipkan doa agar perjalanan ibadah Fazura dipermudahkan dan dikurniakan umrah yang mabrur.
Tidak kurang yang berharap perjalanan pelakon Manisnya Cinta Di Cappadoccia di Tanah Suci memberi momen ketenangan dan ruang untuk memperbanyakkan doa serta ibadah.
“Alhamdulillah. Semoga tenang selalu Kak Faz dan mendapat umrah yang mabrur.”
“Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan. Sihat tubuh badan sepanjang berada di sana, memperoleh umrah yang mabrur.”
“Berdasarkan pengalaman, kalau balik umrah nanti mesti ada jodoh,” tulis seorang pengguna media sosial.
“Alhamdulillah. Masya-ALLAH Tabarakallah. May ALLAH ease everything for you. Moga segala hajat dan doa dikabulkan-NYA,” komen seorang lagi.
Semoga segala urusan Fazura sepanjang berada di Tanah Suci dipermudahkan dan dikurniakan kesihatan serta umrah yang mabrur.