JADUAL penggambaran yang padat, kehadiran di acara peragaan, serta komitmen harian hasilkan kandungan kreatif memerlukan daya tahan luar biasa. Bagi pelakon kegemaran ramai, Meerqeen, gaya hidup pantas dan serba dinamik ini memerlukan ‘peneman’ pintar yang sentiasa relevan serta boleh diharap sepanjang masa.
Menjawab kehendak generasi muda yang sentiasa aktif, Xiaomi secara rasminya mengumumkan pelantikan Meerqeen sebagai duta rasmi REDMI Note 17 Series Malaysia.
Kolaborasi tersebut mencerminkan keharmonian sempurna antara personaliti Meerqeen yang berkeyakinan tinggi dengan komitmen REDMI dalam memperkasakan kehidupan harian pengguna menerusi inovasi teknologi terbaharu.
Sebagai figura Gen-Z yang sentiasa mengejar cita-cita tanpa henti, Meerqeen mengakui rutin harian dari awal pagi hingga lewat malam menuntut peranti berprestasi tinggi.
“Jadual saya selalunya sangat padat dari pagi hingga malam. Sama ada di set penggambaran, hasilkan kandungan atau kekal berhubung dengan peminat, saya perlukan peranti yang mampu mengejar rentak gaya hidup saya. Dengan prestasi bateri berkuasa dan rekaan tahan lasak siri ini, saya lebih tenang dan yakin melalui hari-hari sibuk,” ujarnya.
Bakal memimpin evolusi terbaharu telefon pintar di Malaysia, REDMI Note 17 Series direka khas untuk memberikan pengalaman harian yang luar biasa. Didatangkan dengan kapasiti bateri gergasi 10,000mAh serta pengecasan pantas Xiaomi 100W HyperCharge, ia membolehkan pengguna menikmati masa berkualiti tanpa perlu kerap mencari palam pengecas.
Membawa mesej utama “Cas sekali, tahan tiga hari,” peranti berkenaan bukan sahaja tampil dengan rekaan elegan dan estetika moden, malah menawarkan ketahanan terbaik sama ada untuk urusan kerja, hiburan mahupun ciptaan kandungan gaya hidup.
Bagi anda yang ingin menyaksikan era baharu teknologi pintar ini, jangan lepaskan peluang untuk tonton siaran langsung pelancaran rasmi REDMI Note 17 Series pada 2 September 2026 menerusi platform rasmi Xiaomi Malaysia di Facebook, Instagram dan TikTok.