Pendakwah Ustaz Halim Din meninggal dunia

Iklan

PENDAKWAH bebas, Ustaz Halim Din, 52, meninggal dunia jam 11.55 malam tadi di Hospital Shah Alam.

Berita duka itu dikongsikan Maahad Tahfiz Al Khalidiah (MATAK) menerusi laman sosial.

Iklan
Iklan

"Dengan dukacita dimaklumkan bahawa Ustaz Abdul Halim bin Din telah kembali ke rahmatullah pada pukul 11:55 malam (5 September 2026) di Hospital Shah Alam," katanya.

Iklan

Menurut hantaran itu, solat jenazah akan dilakukan selepas solat Zohor di Surau Bukit Kuda dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Cemerlang, Klang.

Allahyarham dikenali ramai dan pernah menjadi panel tetap rancangan agama popular seperti Tanyalah Ustaz Al-Kuliyyah, Bismillah dan Al-Hidayah.

Iklan

Allahyarham juga aktif menyampaikan tazkirah dan slot ceramah menerusi segmen Motivasi Pagi IKIMfm.