‘Syukur ada isteri baik macam ibu & mummy...’ - Ucapan hari lahir Shuib buat arwah Siti Sarah bikin netizen menitiskan air mata

Iklan

TAHUN demi tahun berganti, memori indah serta kasih sayang terhadap arwah isteri, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin tetap segar buat pelawak dan usahawan terkenal, Shuib.

Meskipun kini telah melangkah ke fasa kehidupan perkahwinan bersama isteri, Watie Hanifiah, Shuib membuktikan bahawa kasih sayang  terhadap arwah tidak pernah pudar. 

Iklan
Iklan

Setiap kali menjelang 12 September, tarikh itu pasti dititipkan dengan ingatan tulus buat buah hatinya yang telah pergi menghadap ILAHI pada Ogos 2021 lalu.

Iklan

Menerusi satu perkongsian di media sosial, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 42, sekali lagi menyentuh hati para pengikut serta peminat apabila memuat naik ucapan ringkas namun penuh bermakna sempena ulang tahun kelahiran arwah Siti Sarah.

"12 September. Hari ini umur ibu 42 tahun. Selalunya kita akan sambut birthday sama-sama. Tapi inilah cerita kita. 

Iklan

Dalam pada itu, Shuib berkongsi kehadiran ahli keluarga baharu iaitu Watie Hanifiah dan Akira Juwita Zahra.

"Kita sudah bertambah ahli keluarga baru, namanya Akira. Semoga ibu sentiasa di bawah rahmat ALLAH, semoga Ibu di letakkan di syurga ALLAH.

"Al-Fatihah buat Siti Sarah Bt Raissuddin. Sayang ibu dunia dan akhirat," kongsinya.

Perkongsian tersebut nyata mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen yang rata-ratanya menyatakan kerinduan dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Kehadiran Watie yang mesra disapa 'mummy' oleh anak-anak turut dipuji ramai kerana sentiasa menyayangi empat cahaya mata dan membimbing mereka untuk terus mengingati ibu kandung.

Sekadar info, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos 2021 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia akibat komplikasi jangkitan Covid-19, beberapa hari selepas melahirkan anak bongsunya, Ayash Affan.

Hasil perkahwinan bersama Shuib pada 2011, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zasqya, Ariq Matin, dan Ayash Affan.