Lama teringin bertemu, Aliff Syukri akhirnya jumpa Pinn Yang – ‘Saya sangat teruja’

Iklan

DALAM dunia perniagaan yang sentiasa bergerak pantas, pertemuan dengan individu yang dikagumi boleh menjadi satu pengalaman yang cukup bermakna. Begitu juga bagi usahawan terkenal tanah air, Datuk Seri Aliff Syukri apabila akhirnya berpeluang bertemu dengan personaliti media sosial, Pinn Yang.

Menariknya, pertemuan tersebut berlaku secara tidak dirancang, namun membuka ruang buat kedua-dua mereka berkongsi pengalaman serta pandangan mengenai dunia keusahawanan dan penghasilan kandungan digital.

Iklan
Iklan

Bagi Aliff, peluang bertemu Pinn Yang sememangnya sesuatu yang dinantikan memandangkan personaliti berkenaan antara individu yang menjadi inspirasinya dalam bidang perniagaan.

“Saya memang sudah lama teringin untuk bertemu Pinn Yang. Apabila pertemuan ini berlaku secara tidak sengaja, saya rasa sangat teruja kerana kami dapat berkongsi pandangan dan pengalaman dalam dunia perniagaan.

Iklan

“Pada masa sama, saya turut menerima tawaran daripada pihak Pinn Yang untuk bersama-sama menjayakan Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) 2026 yang buat julung kalinya akan berlangsung di Pulau Pinang,” katanya.

Pinn Yang pula sememangnya dikenali menerusi platform media sosial, khususnya TikTok, dengan perkongsian berkaitan dunia perniagaan dan kandungan digital.

Iklan

Pertemuan itu turut menjadi kesempatan buat mereka bertukar pandangan mengenai pemasaran digital serta cara media sosial boleh dimanfaatkan untuk membina dan mengembangkan sesebuah jenama.

Bagi Pinn Yang, pertemuan pertama dengan Aliff meninggalkan kesan positif, malah kedua-duanya dilihat mempunyai keserasian ketika berbincang mengenai bidang yang dekat dengan kehidupan mereka.

“Apabila pertama kali bertemu dengan Datuk Seri Aliff Syukri, saya dapat merasakan chemistry yang baik antara kami.

“Saya sangat kagum dengan personaliti beliau dalam bidang perniagaan, selain kandungan yang dihasilkan di media sosial.

“Banyak perkara yang kami kongsikan dan bincangkan bersama, terutamanya berkaitan pengalaman dalam dunia perniagaan serta bagaimana media sosial boleh dimanfaatkan untuk membina jenama,” katanya.

Penganjuran sulung KHPM 2026 di Pulau Pinang itu bakal menghimpunkan pemilik Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), usahawan, persatuan industri serta pemain industri dari seluruh Malaysia.

Sepanjang dua hari karnival, pengunjung berpeluang mengikuti pelbagai pengisian termasuk perbincangan panel, sesi pembentangan perniagaan (pitching), perkongsian ilmu dan jaringan perniagaan (networking).

Untuk rekod KHPM 2026 dianjurkan oleh Monie, sebuah jenama di bawah Foodie Media Berhad, bersama Spire Digital dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Bukan hanya berkisar mengenai dunia perniagaan, karnival tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan artis popular tanah air seperti Ella, Ara Johari, Shasha Rizal, Wany Hasrita, Nabila Razali dan Nuha Baharin.