'Terima kasih pernah jadi suami dan insan saya cintai...' - Bekas isteri Fikry Ibrahim pilih berdamai dengan takdir, titip doa selepas berpisah

Iklan

BERITA perceraian pengacara dan pelakon Fikry Ibrahim kira-kira mengejutkan para peminat.  Perkongsian terbaharu bekas isterinya, Siti Khalizah Alihan menerusi laman sosial meraih perhatian ramai.

Menerusi luahannya, Khalizah menyifatkan perpisahan itu sebagai satu babak yang panjang baru sahaja berakhir.

Iklan
Iklan

Wanita berusia 38 tahun tersebut terus memandang ke hadapan dan berharap mereka berdua dapat menemukan ketenangan serta menjalani kehidupan masing-masing dengan lebih baik selepas ini.

"Saya memilih untuk melangkah ke hadapan dengan hati yang tenang menerima apa yang telah dituliskan oleh ALLAH.  Saya mungkin tidak memahami setiap sebab di sebalik pengakhiran ini hari ini, tetapi saya percaya ada hikmah di sebalik setiap qada dan qadar.

Iklan

"'Semoga ALLAH mengampuni segala kekurangan kita, menyembuhkan apa yang perlu disembuhkan, dan menggantikan apa yang telah hilang dari kita dengan sesuatu yang lebih baik untuk kita berdua," kongsinya.

Iklan

Dalam pada itu, Khalizah menghargai kehadiran Fikry walaupun mahligai dibina ditakdirkan tidak berkekalan.

"Terima kasih kerana pernah menjadi insan yang saya cintai dan menjadi suami saya,  sebahagian daripada babak dalam kisah hidup saya dan tidak akan pernah dilupakan.

"Terima kasih kepada semua yang sentiasa berada di sisi saya sepanjang perjalanan ini.

"Dengan itu, saya tinggalkan babak ini dengan kemaafan, penerimaan, dan doa. Alhamdulillah atas apa yang telah berlalu, dan Insha-ALLAH untuk apa yang bakal mendatang," kongsinya.

Fikry terdahulu berkongsi telah berpisah dengan Khalizah kira-kira enam bulan lalu.

Sekadar info, Fikry dan Siti Khalizah berkahwin pada 12 Februari 2025 dalam satu majlis tertutup di Kedah.

Untuk rekod, Khalizah pernah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan kerana tiada persefahaman pada Mei 2025, Namun dia difahamkan menarik semula permohonan berkenaan.