Tun Dr Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun

Iklan

ISTERI mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Muhammad iaitu Tun Dr Hasmah Ali disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara pagi ini.

Berita duka itu dikongsikan anak ketiga mereka, Tan Sri Mokhzani kepada Bernama

Iklan
Iklan

Allahyarham yang berusia 100 tahun menyambut ulang tahun kelahirannya pada 12 Julai lalu.

Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Iklan

Allahyarham Tun Dr Hasmah Ali dan suami, Tun Mahathir ketika menghadiri iftar Karangkraf. (Foto: Ihsan Facebook Datuk Hussamuddin Yaacub)

Pengerusi Yayasan Sinar Untuk Malaysia yang juga Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Hussamuddin Yaacub sempat berkongsi momen Allahyarham menjejakkan kaki ke Karangkraf.

Iklan

"Sebuah kepergian yang amat dirasai. Selamat pulang ke pangkuan penciptamu duhai bonda Allahyarhamah Tun Dr Hasmah Ali.

"Foto kenangan terakhir Tun di majlis iftar di Karangkraf," titipnya.

Tun Dr Hasmah dilahirkan pada tahun 1926 di Kampung Jawa, Klang, Selangor berkahwin dengan Tun Dr Mahathir pada 4 Ogos 1956.

Baru-baru ini Tun Dr Hasmah menerima pengiktirafan ASEAN Records sebagai Isteri Bekas Perdana Menteri Tertua yang Masih Hidup.

Sumber: Bernama