‘ALLAH jadikan muka aku ini seni…’ Space Dollah mahu warganet berhenti suruh mekap tutup warna kulit, ini 10 fakta vitiligo

Iklan

PEMPENGARUH media sosial, Space Dollah, tampil menyuarakan rasa kurang senang apabila masih ada individu yang menyarankannya memakai solekan atau mendapatkan rawatan semata-mata untuk menutup perubahan warna susulan vitiligo.

Mengalami keadaan itu sejak lima tahun lalu, baginya, penampilan diri bukan sesuatu yang perlu disembunyikan hanya kerana berbeza daripada kebiasaan.

Iklan
Iklan

Malah, dia memilih untuk menerima keadaan dirinya dengan penuh keyakinan dan melihat keunikan tersebut sebagai sebahagian daripada identiti yang wajar diraikan, bukannya diperbetulkan demi memenuhi jangkaan orang lain.

Menerusi hantaran di Threads, abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu meluahkan rasa kurang senang terhadap komen yang diterimanya.

Iklan

"Dah lah, stop suruh aku pakai makeup ke, cari treatment ke, semata nak cover muka aku.

Iklan

"Annoying gila weh.

"ALLAH sudah jadikan muka aku ni art. So why would I wanna cover it?

"Korang  patut jealous sebenarnya, I am zebraman," kongsinya.

Luahan tersebut turut membuka ruang untuk orang ramai memahami keadaan kulit yang dikenali sebagai vitiligo atau sopak, iaitu keadaan apabila kulit kehilangan pigmen pada bahagian tertentu sehingga menghasilkan tompokan lebih cerah berbanding warna kulit asal.

Walaupun perubahan penampilan boleh mengundang pelbagai reaksi, penting untuk masyarakat memahami bahawa vitiligo bukan penyakit berjangkit dan tidak seharusnya menjadi alasan untuk seseorang dipandang berbeza.

Tidak kurang yang memberi sokongan moral kepada pemilik nama Syed Abdullah Syed Abdul Rahman itu.

Artikel berkaitan

Baca juga: Penyakit sopak bikin penderita stres, pulaukan diri sendiri. Rawatan boleh dilakukan, tapi tak boleh sembuh

Baca juga: Celine Dion hadapi penyakit tak dapat diubati, 6 fakta Stiff Person Syndrome yang perlu diketahui

Baca juga: Wanita lebih mudah mendapat penyakit autoimun, ketahui sebab, jenis penyakit

10 fakta vitiligo yang wajar diketahui

1-Menurut Global Vitiligo Foundation (GVF), 70 juta manusia di seluruh dunia berdepan dengan masalah berkenaan tanpa mengira bangsa, etnik mahupun jantina.

2-Kanak-kanak atau orang dewasa berpotensi mendapat vitiligo namun 20 hingga 35 peratus pesakit terdiri daripada anak kecil.

3-Vitiligo berpunca apabila sel-sel kulit kehilangan melanin. Melanin berfungsi dalam memberi warna kepada kulit dan rambut. Apabila ia berkurang, maka pigmen pada bahagian badan yang terlibat akan meluntur dengan sendirinya.

Gambar hiasan

4-Kebanyakan pesakit mempunyai sejarah keluarga yang positif. Ini bermakna pembawa vitiligo boleh mewariskan penyakit tersebut kepada generasi seterusnya melalui pembawaan genetik.

5-Vitiligo termasuk dalam kumpulan penyakit autoimun yang menyaksikan sistem kekebalan tubuh menyerang dan menghancurkan sel-sel tubuh yang sihat termasuk sel pigmen.

6-Untuk penyakit sopak, sistem imun telah menyerang sel melanin dan lazimnya bermula dengan satu tompokan kecil pada tangan atau muka. Ia juga boleh berlaku pada bahagian badan lain seperti mulut, hidung, mata atau kaki.

Gambar hiasan

7-Ia lazimnya bermula dengan satu tompokan kecil pada tangan atau muka. Ia juga boleh berlaku pada bahagian badan lain seperti mulut, hidung, mata atau kaki.

8-Mereka yang mempunyai masalah genetik dan autoimun, kecederaan pada mana-mana bahagian tubuh boleh mencetuskan vitiligo.

9-Vitiligo sebenarnya tidak memberikan rasa sakit atau gatal pada penghidapnya. Ia sama sekali tidak boleh menjangkiti individu lain. Pada masa sama juga, tidak memberi risiko maut kepada penghidapnya.

10-Pesakit sebaiknya perlu juga dirujuk kepada kaunselor kesihatan minda atau pakar psikiatri. Sokongan keluarga, rakan dan masyarakat amat penting bagi membantu mereka menghadapi stigma serta komen negatif.

Sumber: Threads