Syukur miliki ibu hingga usia 63 tahun, Mukhriz Mahathir imbau kenangan bersama Tun Hasmah - ‘Saya anggap diri ini sangat bertuah’

Iklan

KEHILANGAN insan bergelar ibu ialah satu kepedihan yang sukar diungkap dengan kata-kata. Kasih yang dicurah sejak melahirkan hingga membesarkan anak-anak sememangnya tidak mampu dijual beli dengan wang ringgit.

Pengalaman indah meraikan kasih seorang ibu sehingga usia warga emas menjadi memori paling berharga buat bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Iklan
Iklan

Menerusi perkongsian bersama media selepas majlis pengebumian Allahyarhamah Tun Dr Hasmah Mohd Ali di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya, Mukhriz meluahkan rasa syukur atas nikmat hayat ibunya yang panjang.

Iklan

"Saya anggap diri ini sangat bertuah kerana pada usia 63 tahun, saya masih mempunyai ibu dan ayah. Bukan semua orang berpeluang menikmati moments sebegini," katanya.

Tambah beliau, kehadiran ibunya yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun memberi makna yang cukup mendalam, bukan sahaja buat keluarga malah kepada negara.

Iklan

Mengimbas keperibadian ibunya, Mukhriz menyifatkan Allahyarhamah sebagai tokoh yang meletakkan kebajikan rakyat dan negara sebagai keutamaan sepanjang hayatnya.

"Sama-sama kita doakan agar roh Allahyarhamah diampunkan segala dosa dan diterima segala amal jariahnya," ujarnya.

Terdahulu, Dr Hasmah dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Berita duka berkenaan disahkan oleh anak beliau, Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Allahyarhamah meninggalkan tujuh orang anak serta waris keluarga. Sepanjang hayatnya, beliau dikenali sebagai antara tokoh wanita paling disegani di Malaysia atas sumbangan besar dalam bidang perubatan dan aktiviti kemasyarakatan.

Sumber : Sinar harian & Awani