'Apa salahnya jumpa keluarga, kalau dia orangnya, dialah...' - Fazura jawab isu bertemu keluarga Que Haidar, serah urusan jodoh kepada ALLAH

Iklan

PERTEMUAN keluarga antara dua selebriti popular, Nur Fazura Sharifuddin dan Que Haidar, baru-baru ini mencetuskan perhatian pelbagai pihak di media sosial.

Mengulas mengenai perkara itu, Fazura, 43, menganggap perjumpaan tersebut hanyalah peluang untuk mengeratkan silaturahim antara dua keluarga yang sudah saling mengenali sejak lebih dua dekad lalu.

Iklan
Iklan

"Apa salahnya jumpa keluarga? Kita mengeratkan lagi silaturahim antara keluarga Faz dan Que. Kami pun dah bersahabat lama, lebih 20 tahun. Jadi, kami dah tahu luar dalam perangai masing-masing," katanya.

Persahabatan yang pernah terjalin sewaktu sama-sama membintangi filem Gol & Gincu serta Lagenda Budak Setan itu kembali rapat selepas mereka bertemu semula  menerusi kerjasama di Jakel.

Iklan

Pun begitu, pelakon dan penyanyi berkenaan meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang andaian keterlaluan mengenai hubungan mereka.

Iklan

"Nak cakap pasal jodoh, saya tak berani nak sebut cuma kalau dia orangnya, maka dialah. Kalau orang lain, orang lainlah. Kita doakan yang baik-baik," ujarnya.

Ciri lelaki idaman

Mengulas mengenai kriteria pasangan hidup kelak, pelantun lagu Kisah Terbaik itu menegaskan keutamaannya kini adalah mencari seorang lelaki beriman yang mampu membimbingnya serta menyayangi anak perempuannya, Nur Fatima Aisya.

"Semua orang nak bahagia, mudah-mudahan. Yang penting saya dikurniakan jodoh yang ALLAH reda... nak mencari jodoh yang beriman yang dapat membimbing saya dan Fatima," jelasnya.

Di samping spekulasi peribadi yang bertebaran, Fazura meluahkan rasa syukur dan menyifatkan tahap bahagia hidupnya kini berada pada paras tertinggi. Tanpa berselindung, dia memberikan skor penuh.

"10 daripada 10! Kebahagiaan dengan anak, keluarga, kerja dan dikelilingi oleh orang yang baik-baik, yang sayangkan saya," katanya sambil tertawa kecil.

Menurutnya, kebahagiaan tidak semata-mata bergantung kepada kehadiran seorang suami, sebaliknya sokongan keluarga, kerjaya, dan momen bersama Fatima sudah cukup melengkapkan hidupnya.

Tumpang gembira buat Bella & Syed Saddiq

Sementara itu, ketika ditemui pada majlis resepsi Bella Astillah dan Syed Saddiq, Fazura turut meluahkan rasa sedih apabila melihat segelintir netizen sering melemparkan komen negatif terhadap kebahagiaan orang lain.

Bagi Fazura, kejayaan dan kebahagiaan sesama insan sepatutnya dirai, bukannya dipertikaikan.

"Mestilah saya gembira untuk Bella. Dia sudah seperti adik saya. Saddiq pun seorang lelaki yang baik, keluarganya juga baik. Memang saya gembira untuk mereka berdua," katanya.