'Teruja nak bawa adik masuk live...' Fattah Amin buka cerita gelagat Fatima sayang baby Jarir, akui gilir-gilir berjaga malam bersama Amira

Iklan

KEJAYAAN  mempertahankan gelaran Selebriti Maskulin Terhangat buat tahun kedua berturut-turut di Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026 menjadi bukti kekukuhan sokongan peminat terhadap pelakon versatil, Fattah Amin.

Hadir pada awalnya sekadar mengalas tanggungjawab sebagai penyampai anugerah, suami kepada penyanyi dan pelakon Amira Othman ini mengakui tidak meletakkan sebarang harapan tinggi untuk membawa pulang trofi pada malam berkenaan.

Iklan
Iklan

“Tapi Allah sebaik-baik perancang. Saya sangat bersyukur kerana sehingga hari ini, masih dikurniakan peminat-peminat yang tak pernah jemu memberikan sokongan dan terus mengundi. Dari lubuk hati yang paling dalam, terima kasih kerana masih ada, percaya dan setia menyokong perjalanan seni saya,” luahnya menerusi hantaran di Instagram.

Iklan

Fatima makin penyayang, teruja nak 'show off' adik

Di sebalik kejayaan kerjaya seninya yang terus memuncak, pelakon drama Andai Masih Ada Maaf ini menyifatkan kebahagiaan sebenar kini berada di rumah apabila menyaksikan perkembangan dua permata hatinya, Nur Fatima Aisya dan si bongsu, Jarir.

Iklan

Menurut Fattah, Fatima kini semakin matang dan menunjukkan naluri sebagai seorang kakak yang penyayang, malah sering menyimpan hasrat untuk membawa adiknya itu muncul sewaktu sesi bersiaran langsung di aplikasi TikTok.

“Tetapi saya jelaskan belum masanya lagi sebab adik masih kecil. Insya-ALLAH, bila adik dah besar sikit nanti, barulah kami kongsikan wajahnya. Saya faham ramai yang tak sabar nak tengok, cuma buat masa ini belum tiba masanya lagi,” ujarnya.

Gilir-gilir berjaga malam bersama Amira

Menguruskan bayi yang kini mula aktif meniarap di samping jadual penggambaran yang padat menuntut kerjasama erat antara Fattah dan isteri.

Bagi pelakon tinggi lampai ini, kepenatan bekerja di lokasi tidak pernah menjadi alasan untuk tidak membantu Amira menguruskan anak pada waktu malam.

“Walaupun esoknya saya ada kerja seawal pagi, bila anak menangis kita tetap bangun bantu isteri. Saya dan Amira sama-sama lalui rutin ini,” jelasnya lagi.

Untuk rekod, Fattah dan Amira selamat mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Jarir pada 23 Jun lalu.

Sumber video: Media Hiburan &  Instagram Fattah Amin