‘The real datuk’ – Acis buka cerita seronok jaga cucu, ingatkan ibu bapa datuk nenek bukan ‘daycare centre’

Iklan

KESIBUKAN menguruskan kerjaya dalam industri muzik tidak menghalang penerbit muzik terkenal, Datuk Acis, untuk memberi perhatian kepada kesihatan diri dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

Pada usia 56 tahun, pemilik nama sebenar Hashridz Murshim Hassim itu memilih aktiviti berlari dan Pilates sebagai sebahagian daripada rutin kecergasannya.

Iklan
Iklan

Lebih menarik, minat terhadap aktiviti tersebut turut menjadi ruang buat beliau berkongsi gaya hidup sihat bersama isteri tercinta, Datuk Seri Sheila Majid.

Bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 2003 itu, kesihatan bukan sekadar soal menjaga tubuh badan, malah menjadi sebahagian daripada usaha menikmati kehidupan bersama insan tersayang.

Iklan

Acis yang pernah menjadi pemain keyboard kumpulan Gersang itu turut melalui satu lagi fasa bermakna dalam kehidupan apabila kini bergelar datuk.

Iklan

Kehadiran cucu perempuan mereka, Puteri Amina Lela, menambahkan seri keluarga dan membuka lembaran baharu buat Acis serta Sheila dalam menikmati kehidupan bersama generasi seterusnya.

Berkongsi keterujaannya, Acis mengakui sangat gembira dengan kehadiran cucu yang kini berusia empat bulan.

“Sudah ada cucu sekarang, you know, the real gelaran ‘datuk’. Alhamdulillah, I'm very happy,” katanya Ketika ditemu bual secara eksklusif oleh SinarPlus..

Bagaimanapun, di sebalik keterujaan bergelar datuk, Acis mempunyai pandangan tersendiri tentang tanggungjawab menjaga cucu, terutama apabila ibu bapa mahu meluangkan masa untuk urusan lain.

Menurutnya, beliau dan Sheila sememangnya mengalu-alukan kehadiran cucu untuk meluangkan masa bersama mereka. Namun, tanggungjawab sebagai ibu bapa tetap perlu diutamakan oleh anak-anak.

“Nak main ke apa tu, ok boleh. Bila time-time yang nak tukar lampin ke apa, you do it yourself,” ujarnya.

Acis turut berkongsi gelagat si kecil yang disifatkannya sebagai bayi ceria. Katanya, si kecil biasanya menangis apabila lapar, mengantuk atau perlu ditukar lampin.

“She’s very cute today. Kini, dia sudah masuk empat bulan. So, she's very happy baby,” katanya.

Begitu pun menyayangi cucu tidak bermakna ibu bapa perlu menyerahkan sepenuhnya urusan penjagaan kepada datuk dan nenek. Sebaliknya, peranan tersebut perlu diseimbangkan dengan keperluan serta komitmen setiap ahli keluarga.

Mengulas pandangan tentang segelintir datuk dan nenek yang sering diminta menjaga cucu mereka anak-anak, Acis menegaskan mereka bukanlah pusat jagaan kanak-kanak yang boleh digunakan pada bila-bila masa tanpa perancangan.

“Kita kena plan sebab kami juga ada own life, kan,” jelasnya lagi sambil ketawa.

Dalam membesarkan anak-anak dan menyambut kehadiran cucu, setiap generasi mempunyai tanggungjawab masing-masing. Kasih sayang keluarga tetap menjadi keutamaan, namun persefahaman dan komunikasi juga penting supaya tiada pihak berasa terbeban.

Bagi Acis dan Sheila, menikmati masa bersama keluarga sambil meneruskan kehidupan serta minat sendiri merupakan sebahagian daripada keseimbangan yang perlu dijaga. Kehadiran cucu sememangnya membawa kebahagiaan, tetapi ruang untuk menjalani kehidupan sendiri juga wajar dihormati.