'Pengalaman pertama urus hal kahwin' – Norman Hakim bakal terima menantu, mahu Memey kembali kuat selepas kehilangan ibu

Iklan

BAKAL menerima menantu, pelakon dan pengacara, Norman Hakim kini giat mengatur persiapan perkahwinan anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim.

Norman atau nama penuhnya Mohamed Nurhakim Zaidon, 50, berkongsi bahawa beberapa acara telah disusun mengikut lima fasa perancangan bagi memastikan majlis istimewa itu berjalan lancar.

Iklan
Iklan

Menurutnya, majlis di Kuala Lumpur bagi pihak keluarganya akan diadakan secara sederhana.

"Sekejap masa berlalu.Diam tak diam dah masuk fasa ke-3 dari total 5 fasa perancangan untuk majlis perkahwinan putera sulung saya Danish Hakim.

Iklan

Danish Hakim dan Shalinda ketika majlis pertunangam mereka pada Mac lalu.

"Majlis di Kuala Lumpur sebelah saya ni, saya buat sederhana sahaja. Jemputan khusus untuk keluarga sebelah mak dan arwah ayah, keluarga besar Normey, anak-anak yatim dan tahfiz di bawah jagaan saya,pemegang taruh dan sahabat-sahabat seperjuangan dalam perniagaan, rakan agensi kerajaan serta swasta yang banyak membantu saya selama ini," kongsinya.

Iklan

Berkongsi pengalaman pertama menguruskan perkahwinan cahaya mata, Norman turut mendapatkan bantuan isteri, Memey Suhaiza serta anak-anak perempuan mereka untuk sama-sama menjayakan persiapan berkenaan.

Bagaimanapun, di sebalik keterujaan menyambut fasa baharu kehidupan Danish, Norman turut mengambil berat keadaan emosi isterinya yang baru kehilangan ibu tercinta minggu lalu.

Justeru, Norman mahu Memey turut terbabit dalam persiapan majlis bagi mengisi masa lapang dan mengelakkan isterinya terlalu dibelenggu kesedihan.

"Pengalaman pertama sebagai bapa bergandingan dengan putera sulung saya menguruskan hal perkahwinan. Selain menggunakan khidmat perancang perkahwinan, untuk fasa ketiga ini saya minta mummy dan anak-anak perempuan sama-sama terbabit dan memberikan sokongan.

"Saya perlu mengajak dan memastikan mummy sentiasa sibuk kerana keadaan emosinya sekarang sangat rapuh sejak pemergian mak. Kalau ada ruang untuk bersendirian, dia mudah tersentuh perasaan dan menangis. Insya-ALLAH, dia memerlukan sedikit masa untuk pulih," katanya.

Dalam pada itu, Norman mengingatkan bahawa apa juga dugaan yang hadir, kehidupan perlu diteruskan dengan penuh kesabaran dan kebergantungan kepada ALLAH SWT.

"Apa jua ujian yang hadir, kehidupan dan perjuangan tetap perlu diteruskan. Kita berusaha sebaik mungkin, bersangka baik dengan ketentuan Allah dan bertawakal kepada-NYA. 

Semoga setiap urusan persiapan majlis ini dipermudahkan, diberkati dan menjadi kenangan indah buat seluruh keluarga. Aamiinn insya-ALLAH," kongsinya.

Untuk rekod, Danish Hakim bertunang dengan wanita pilihan hatinya yang berasal dari Singapura pada Mac lalu.