Che Puan Juliana Evans kongsi cabaran susukan anak ketiga – ‘Jenuh bagi susu, demand setiap sejam!’

Iklan

PELAKON Che Puan Juliana Evans berkongsi pengalaman baharu bergelar ibu kepada bayi lelaki apabila mengakui anak ketiganya, Tengku Ismail perlu meminta disusukan sehingga setiap satu jam.

Selepas melahirkan cahaya mata ketiganya pada 10 Oktober lalu, Juliana mengakui rutin penyusuan kali ini memberikan pengalaman berbeza buat dirinya.

Iklan
Iklan

Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama Che Puan Juliana Sophie Johari Evans itu berkongsi bahawa dia perlu mengepam susu badan lebih kerap pada waktu siang bagi memenuhi permintaan si kecil.

Bagaimanapun, isteri kepada Tengku Shariffuddin Shah itu turut mendedahkan ada kalanya dia menggabungkan susu badan dengan susu formula sebagai tambahan.

Iklan

"Wow memang ramai parents agree yang baby boy minum banyak! My newborn demand susu setiap satu jam.So I pump more during the day dan latch only bila nak tidur sama-sama.

Iklan

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet, khususnya ibu yang turut melalui pengalaman sama ketika menyusukan bayi lelaki.

Malah, ada yang mengakui perlu mengepam susu dengan lebih kerap selain memberikan susu formula sebagai tambahan apabila bekalan susu badan tidak mencukupi. Jelas mereka pemberian susu formula sebagai tambahan bukanlah sesuatu yang perlu dipersalahkan, sebaliknya usaha memenuhi keperluan bayi.

"Agree and same here, baby boy lagi kuat minum susu rupanya. Pumping time kena jaga betull especially bila dia kerap minum setiap satu jam, tak cukup memang campur sdengan formula untuk top up.."

"Che Puan. My sister ada anak twin lelaki. Dua-duanya fully breastfeeding secara direct selama dua tahun. No bottle at all. Alhamdulillah my sister tak kerja masa tu. Rezeki si kembar kami."

"Top up susu formula is okay, we try our best to fulfill his demand."

 

Artikel berkaitan:

 

Terdahulu, Juliana turut mengajukan pertanyaan kepada pengguna Threads mengenai pengalaman ibu bapa lain berhubung bayi lelaki yang dikatakan kuat menyusu.

Untuk rekod, bekas pengacara rancangan Remaja itu mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shariffuddin Shah bin Tengku Sulaiman Shah Al-Haj yang merupakan ahli perniagaan dan kerabat diraja Selangor serta Johor pada 30 April 2017.

Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Tengku Kamiliah Zanariah Ruby Ehsan Putri, 7, Tengku Saidatul Ihsan Putri, 3, dan Tengku Ismail.