Mierul Aiman pesan jangan jadikan keganasan ikutan - 'Karya itu imitasi kepada realiti'

Iklan

PELAKON Mierul Aiman mengingatkan generasi muda supaya tidak menjadikan perlakuan buli, keganasan dan penindasan yang dipaparkan dalam karya seni sebagai ikutan dalam kehidupan sebenar.

Menerusi filem Kudrat 1968: High Council Mierul yang membawakan watak Tengku Uda berkata, sesebuah naskhah seni sebenarnya merupakan refleksi kepada realiti kehidupan masyarakat.

Iklan
Iklan

Justeru, penonton perlu bijak menilai mesej yang disampaikan dan mengambil pengajaran positif daripada setiap karya yang ditonton.

"Saya percaya sebuah naskhah itu, sebuah karya itu adalah imitasi kepada realiti. It's never the reality imitate the art. The art always imitate the reality.

Iklan

"Apa sahaja yang dipaparkan dalam naskhah ini, yang dipaparkan di dalam siri ini, itulah yang terjadi.

"Mungkin bukanlah datang daripada bertahun-tahun lepas sahaja. Berkurun sudah. Mungkin daripada zaman atuk nenek kita, mungkin orang moyang kita. Tetapi institusinya berbeza-beza," katanya kepada Sinarplus.

Iklan

Ditemui pada tayangan perdana Kudrat 1968: High Council baru-baru ini, pemilik nama Mohammad Amirul Aiman bin Norazman itu turut mengajak golongan muda, khususnya lelaki, supaya mempersiapkan diri dengan nilai kepimpinan yang baik.

Menurutnya, tanggungjawab sebagai pemimpin bukan hanya terhad kepada organisasi atau institusi, sebaliknya turut bermula dalam lingkungan keluarga.

"Lagi-lagilah kita lelaki, kita terus akan menjadi pemimpin walaupun bukan pemimpin untuk sebuah institusi, kita tetap akan jadi pemimpin keluarga.

Mengulas lanjut, pelakon itu berpandangan bahawa setiap perbuatan manusia mempunyai latar belakang dan sebab tersendiri yang membentuk karakter seseorang.

Malah, beliau memetik dialog Kudrat 1968: High Council dalam episod empat yang menyebut, 'Home is the base of a character' bagi menggambarkan betapa besarnya pengaruh persekitaran keluarga terhadap pembentukan keperibadian seseorang.

"Sebuah rumah atau sebuah tempat berteduh adalah tempat yang membentuk kita sebagai seorang manusia yang memegang nilai apa, yang bersisikan prinsip apa," jelasnya.

Pada masa sama, Mierul sekali lagi menegaskan bahawa penindasan bukan pendekatan yang wajar digunakan untuk mendapatkan penghormatan atau membina kepimpinan.

Sebaliknya, kasih sayang perlu menjadi asas dalam membentuk hubungan sesama manusia.

"Sekali lagi saya ingin bersuara yang penindasan itu bukanlah jalan yang terbaik untuk menjadi seorang pemimpin.

"Kepimpinan itu bersisikan kasih sayang dan teruslah kita menyemai nilai-nilai murni antara kita semua," katanya.