Syamim Freida luah rasa syukur, suami terima gelaran Tengku Orang Kaya Menteri Diraja Selangor

Iklan

SATU pengiktirafan yang diterima bukan sekadar membawa makna kepada individu diraikan, malah menjadi kenangan berharga buat insan tersayang yang sentiasa berada di sisi.

Begitulah istimewanya momen dilalui pelakon Toh Puan Syamim Freida apabila suaminya dikurniakan gelaran Yang Dimuliakan Tengku Orang Kaya Menteri Diraja Selangor.

Iklan
Iklan

Menerusi perkongsian di media sosial, Syamim menzahirkan rasa syukur dan bangga atas penganugerahan tersebut yang disifatkan sebagai detik cukup bermakna buat suami serta seluruh keluarga mereka.

Iklan

Pengiktirafan berkenaan disempurnakan menerusi Istiadat Menjunjung Duli Sempena Pemasyhuran Gelaran Orang-Orang Besar Istana dan Dato’ Diraja Selangor yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang baru-baru ini.

Suaminya menerima gelaran berkenaan sebagai salah seorang Orang Besar Istana Selangor, hasil limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Iklan

Lebih istimewa, pemasyhuran itu berlangsung bersempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Selangor, sekali gus menjadi sebahagian daripada usaha menjunjung kedaulatan institusi Diraja serta memelihara adat istiadat dan warisan Kesultanan Selangor.

Berkongsi rasa teruja, Syamim turut menitipkan ucapan penuh kasih buat suami tercinta yang menjadi individu utama diraikan pada hari bersejarah itu.

"To my dearest husband, congratulations, sayang. Seeing you receive this honour fills my heart with so much pride and gratitude.

"I pray that ALLAH SWT continues to guide you with wisdom, humility and sincerity in every amanah entrusted to you. Always grateful to be by your side, through every chapter of our journey," tulisnya.

Dalam masa sama, pelakon itu tidak lupa merakamkan penghargaan kepada keluarga, sahabat handai serta semua pihak yang menitipkan doa dan ucapan tahniah.

Bagi Syamim, setiap anugerah dan nikmat yang diterima merupakan pinjaman daripada ALLAH SWT, justeru ia perlu disambut dengan penuh kesyukuran serta rasa rendah diri.

Menariknya, kemeriahan hari istimewa itu turut dikongsi bersama rakan-rakan terdekat yang hadir memberikan sokongan dan meraikan pasangan berkenaan.

Antara yang mencuri perhatian ialah kehadiran pelakon dan pengacara Uyaina Arshad, selain pempengaruh dan usahawan, Nurin Afiqah serta pelakon Datin Bella Dally.

Menghargai kehadiran insan-insan istimewa dalam hidupnya, Syamim menyifatkan sokongan sahabat sebagai pelengkap kepada kenangan yang cukup bermakna itu.

"Some occasions are made even more meaningful by the presence of those dear to our hearts. Thank you for being there and making such a special day even more memorable for us.

"We’re so grateful to have you all in our lives. Another beautiful memory for us to cherish!" ungkapnya.

Pastinya, penganugerahan tersebut bukan sekadar menjadi satu lagi catatan penting dalam perjalanan hidup suaminya, malah kenangan yang akan terus terpahat dalam ingatan keluarga dan sahabat yang turut berkongsi kegembiraan itu.