Rozita Che Wan kongsi Aaisyah Dhia Rana macam graduan universiti, Darjah 6 pun siap berjubah konvokesyen – ‘Sepasu mak dia bawa bunga’

Iklan

GELAGAT ibu bapa meraikan kejayaan anak menamatkan alam persekolahan sememangnya menjadi momen istimewa, apatah lagi apabila si kecil yang selama ini dilihat membesar di depan mata kini melangkah ke fasa pendidikan seterusnya.

Begitulah juga dengan pelakon popular, Rozita Che Wan yang berkongsi kegembiraan apabila anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana, selesai menamatkan sesi persekolahan Tahun Enam.

Iklan
Iklan

Menerusi satu hantaran di media sosial, wanita yang mesra disapa Che Ta itu memuat naik beberapa gambar Aaisyah yang tampil anggun mengenakan jubah konvokesyen sempena meraikan tamatnya sesi persekolahan peringkat sekolah rendah.

Namun, kapsyen bersahaja Che Ta lebih mencuri perhatian apabila beliau menyamakan suasana tersebut dengan majlis graduasi universiti.

Iklan

Menggunakan loghat utara yang cukup sinonim dengannya, isteri kepada pelakon Zain Saidin itu berseloroh bahawa zaman persekolahannya dahulu, hanya mereka yang berjaya melanjutkan pengajian ke universiti berpeluang menyarungkan jubah konvokesyen.

Iklan

"Congratulations sayang @aaisyahdhiarana111 dah complete Year 6," tulisnya.

Bukan sekadar jubah konvokesyen, Aaisyah juga nampaknya sudah mempunyai permintaan tersendiri untuk meraikan hari istimewa itu.

Che Ta mendedahkan anaknya lebih awal sudah berpesan supaya ibunya membawa bunga sempena majlis berkenaan.

Malah, permintaan itu ditunaikan dengan membawa sejambak bunga yang digambarkan secara berseloroh sebagai 'sepasu' bunga.

"P/s dia awai-awai lagi dah pesan kat mak dia suruh bawak bunga... sepasu mak dia bawak," selorohnya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya terhibur dengan kapsyen Che Ta, terutama penggunaan dialek utara yang mencuit hati.

Ada juga yang bersetuju dengan pemerhatian pelakon itu apabila majlis graduasi kini bukan lagi terhad kepada pelajar universiti, malah murid sekolah rendah dan kanak-kanak tadika turut diraikan dengan jubah serta topi konvokesyen.

"Jangan cakap Tahun Enam, sekarang prasekolah pun dah konvo macam kat universiti."

"Bukan saja darjah enam, tadika pun dah ada graduation. Dulu keluar universiti saja digelar graduan, baru layak pakai gaun dan topi yang berprestij ini."

Malah, gurauan pelakon drama Bahagia Yang Tertangguh itu mengenai bunga yang dibawa untuk Aaisyah turut menjadi perhatian sehingga ada yang berseloroh sama ada bunga sebanyak itu untuk dikongsi bersama rakan sekelas.

Di sebalik gurauan tersebut, ruangan komen turut dibanjiri ucapan tahniah dan pujian terhadap penampilan Aaisyah yang semakin meningkat remaja.

Rata-rata netizen menyifatkan anak perempuan Che Ta itu kelihatan cantik dan anggun, malah ada yang mengusiknya seperti seorang pelakon utama filem.

"Miss World sangat hang ni Aisyah ooooiiiii! Congrats beautiful."

"Alhamdulillah dan tahniah. Semoga baik-baik saja hendaknya dan selamat maju jaya serta dipermudahkan segala urusannya."

"Punya lawa la Aisyah, gambar dia dah macam heroin-heroin movie AI tu dah."

"Lawanya hang Aisyah oiiii. Congratulations dah grade Y6."

Tidak kurang juga pengikut yang mengakui sukar mempercayai Aaisyah bakal melangkah ke Tingkatan Satu tidak lama lagi kerana masih mengingatinya sebagai seorang kanak-kanak kecil.

Momen sederhana itu pastinya menjadi kenangan manis buat Che Ta sekeluarga, apatah lagi apabila anak yang dibesarkan kini bersedia membuka lembaran baharu dalam perjalanan pendidikannya.