‘Jangan abaikan zakat’ – Norman Hakim bangga kejayaan Marissa Dania hadiahkan diri sendiri BMW 4 Series, pesan istiqamah bersedekah

Iklan

KEBANGGAAN seorang bapa terhadap kejayaan anak bukan hanya terletak pada pencapaian yang diraih, malah turut terserlah menerusi nasihat yang disampaikan demi memastikan kejayaan itu membawa makna lebih besar.

Demikian pesanan pelakon Norman Hakim buat anak perempuannya, Marissa Dania, 21, yang mencuri perhatian menerusi hantaran terbaharu di media sosial.

Iklan
Iklan

Menerusi perkongsian tersebut, Norman meluahkan rasa bangga terhadap usaha keras Marissa sehingga berjaya mencapai sesuatu yang membolehkannya menghadiahkan diri sendiri dengan sebuah kereta jenama BMW.

“Tahniah, anak… Kamu telah berusaha dengan sangat gigih dan membuktikan bahawa kecemerlangan, disiplin serta keazaman mampu membawa kamu pergi jauh. Kamu benar-benar layak menghadiahkan diri sendiri dengan 'third toy’,” tulisnya.

Iklan

Namun, di sebalik ucapan tahniah itu, Norman turut menitipkan pesanan penting agar anaknya tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang Muslim menunaikan zakat selain istiqamah dalam amalan bersedekah.

Iklan

“Ingat pesan papa… jangan sesekali abaikan zakat. Terus istiqomah dalam bersedekah dan jadikan platform perniagaan yang dibina sebagai jalan untuk memberi manfaat kepada masyarakat dan negara melalui tanggungjawab cukai dengan amanah,” katanya.

Pesanan tersebut memperlihatkan harapan Norman agar kejayaan yang dikecapi anaknya tidak hanya dinikmati secara peribadi, sebaliknya turut membuka ruang untuk membantu orang lain.

Bagi Norman, pencapaian dalam kehidupan juga perlu seiring dengan usaha mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.

“Terus berdoa dan berusaha kerana sesuatu yang terasa mustahil bagi kita tidak pernah mustahil bagi-NYA,”ujarnya.

Menerusi nasihat itu, Norman mengingatkan Marissa bahawa kejayaan bukan sekadar tentang apa yang mampu dimiliki, tetapi juga bagaimana rezeki yang diperoleh digunakan dengan penuh tanggungjawab.

Dalam pada itu, Norman turut membayangkan sasaran seterusnya yang mahu dicapai bersama anaknya iaitu kereta mewah Porsche Taycan.

Hantaran berkenaan menerima ucapan tahniah daripada warganet yang berbangga dengan kerja keras Marissa membuahkan hasil sehingga mampu menghadiahkan diri sendiri sebuah kereta continental itu.

Malah tidak kurang yang menjadikan Marissa sebagai inspirasi untuk berusaha lebih gigih.