‘Alhamdulillah’– Oktovia Manrose selamat timang cahaya mata lelaki

Iklan

PELAKON Oktovia Manrose meluahkan rasa syukur selepas selamat melahirkan cahaya mata keempatnya yang juga bayi lelaki pada 23 November lalu.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Oktovia atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman, 34, menerusi satu hantaran di media sosial.

Iklan
Iklan

Menerusi perkongsian tersebut, pelakon Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda dan Minah Moto itu turut berkongsi rasa teruja menyambut kehadiran putera kecilnya.

“Masya-ALLAH Tabarakallah. Alhamdulillah. 23 November 2026. Our new prince are born,” tulisnya.

Iklan

Dalam pada itu, Oktovia turut menitipkan penghargaan buat insan tersayang termasuk suami Mohamad Khairul Efsan Md Isa.

Iklan

“Saya sangat bersyukur. Namun, di sebalik ibu yang kuat, pasti ada insan-insan yang sentiasa memberikan sokongan.

“Hanya ALLAH yang mampu membalas segala kebaikan kalian. Buat kakak ipar dan suami tercinta, terima kasih kerana sentiasa ada di sisi.

“Tiada yang lebih bermakna selain mempunyai insan yang tepat untuk sentiasa berada di sisi sepanjang perjalanan mengandung. Terima kasih,” titipnya.

Perkongsian tersebut pastinya menjadi detik bermakna buat Oktovia sekeluarga yang kini menerima kehadiran seorang lagi permata hati.

Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet membanjiri hantaran berkenaan dengan ucapan tahniah.

Terdahulu, Oktovia memiliki sepasang cahaya mata daripada perkahwinannya dengan Mohamad Khairul Efsan.

Sekadar info, Oktovia memiliki seorang anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Zulkarnain daripada perkahwinan yang terdahulu.