Tip ringkas, menjimatkan agar kualiti skaf satin kekal lama

Iklan
hijab

SEGELINTIR wanita lebih cenderung memilih dan membeli koleksi selendang jenis sifon ataupun bawal berbanding skaf satin.

Mereka berpendapat material tersebut susah untuk dijaga kerana sifatnya yang licin.

Iklan
Iklan

Justeru, jangan bimbang kerana segmen Sihat Cantik hari ini berkongsi tip mudah bagi memastikan kualiti skaf satin korang tahan lama.

Menariknya, biarpun licin namun skaf satin yang tampak mewah itu bukan sahaja ideal dijadikan hijab, malah menawan digayakan sebagai aksesori kepala ataupun diikat di tas tangan pilihan.

Iklan

Mencuci

1. Jangan mencuci menggunakan mesin basuh kerana ia akan menjejaskan kualiti fabrik.

Iklan

2. Pun begitu, jika ingin menggunakan mesin basuh, maka pilih mode delicate cycle dan tidak perlu pengering.

3. Sebaik-baiknya rendam seketika bersama pelembut fabrik dan gosok secara lembut pada bahagian terkena kotoran seperti solekan atau tumpahan makanan.

4. Selepas direndam, bilas lembut dan sidai. Jangan diperah tudung satin terbabit.

Artikel berkaitan: 5 Tip mudah penjagaan tudung

Menggosok

1. Digalakkan set seterika pada suhu rendah.

2. Seterika tudung satin pada bahagian belakang iaitu permukaan tidak berkilat. Berhati-hati ketika menggosok bagi mengelakkan kain berlubang.

Menyimpan

1. Simpan di tempat sejuk yang jauh daripada sumber haba dan cahaya matahari kerana haba panas boleh merosakkan kualiti satin.

2. Tudung satin boleh disimpan secara gantung atau digulung.

Selamat mencuba!

Foto: www.net-a-porter.com, Canva