RAYA dah nak dekat ni, ada yang rasa nak makan kuih tart? Biasanya yang kita jumpa tart nenas. Akan tetapi bagi yang mahukan kelainan apa kata cuba bikin tart strawberi.
Resipi ini juga sebenarnya dah viral dalam dua ke tiga tahun kebelakangan ini. Bagi yang belum merasainya bolehlah mencuba.
Tak keterlaluan kalau dikatakan, keenakannya tak kurang dengan tart nenas. Keistimewaan tart ini pula dengan bau strawberi yang menarik dan warna merahnya yang menawan.
Pasti berseri meja kuih raya dengan warna dan bentuknya yang montok itu. Masalahnya takut tak sempat disusun dah habis 'dikerjakan'. Bak kata tuan punya resipi, menurutnya kuih ini tak sempat disusun di rak jualan, tapi dah licin.
Artikel berkaitan: Baru belajar nak buat kuih raya, boleh cuba resipi biskut Makmur tanpa oven
Resipi Tart Pinky Strawbery Demok
Bahan-bahannya:
250g mentega, nak sedap pure butter
8sb gula ising
1/2 sb emulco strawberi
2sk pewarna pink
2sb minyak sapi
Kacau sebati
Tambah 1 kuning telur kacau lagi
OK tambah
3 sb tepung jagung
1/2 cawan susu tepung
- Gaul-gaulkan.
- Kemudian tu baru tambah tepung gandum ikut keselesaan doh yang korang rasa selesa.
- Tambah sikit-sikit. Jadi boleh test sikit masuk dalam acuan. Kalau tekan keluar cantik, maknanya tepung dah cukup la tu. Jem memang jual kat bakeri.
- Tip gentel inti, tangan letak minyak sikit. Sukatan sebesar ibu jari masing-masing ya.
- Bakar suhu dalam 170 darjah Celsius. Dalam masa 20 ke 25 minit yeay siap...
Selamat mencuba!
Sumber: Azlina Ina Fans