MUDAH sangat resipi biskut makmur ni, tak perlu guna oven pun. Bahan-bahan yang diperlukan pun senang je nak cari. Kadang teringin juga nak makan biskut buatan sendiri.

Sebenarnya ada banyak resipi biskut raya yang mudah dan boleh kita cuba, terutamanya kalau first timer ni. Antara yang paling mudah adalah resepi biskut makmur yang hanya perlu disangai atas api dan tak perlu dibakar menggunakan oven.

RESEPI BISKUT MAKMUR TANPA OVEN, MUDAH & SEDAP

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula aising (kalau tak ada boleh kisar gula pasir biasa sampai halus)
1/2 cawan planta
1/2 minyak sapi (kalau tak ada, boleh guna marjerin )
1 cawan susu tepung

Cara-cara penyediaan:

Langkah pertama, sangai (goreng tepung tanpa minyak) dengan api yang perlahan dan kacau tepung sehingga kekuningan macam dalam gambar dekat bawah ni.

Biskut makmur
TEPUNG perlu disangai tanpa minyak sehingga kekuningan.

Seterusnya, cairkan minyak sapi dengan planta. Bila dah cair, biarkan ia sejuk dahulu. Bila minyak sapi dan planta dah sejuk, masukkan gula aising dan campuran planta serta minyak sapi ke dalam tepung.

Gaulkan hingga rata. Selepas tu bolehlah bentukkan adunan. Kepal bulat-bulat ikut saiz yang kita suka.

Biskut makmur
BENTUKKAN adunan tadi menjadi bulat-bulat seperti ini.

Bila adunan dah siap dikepal, salut biskut tadi dengan susu tepung hingga rata.

Iklan
Biskut makmur
INILAH hasilnya biskut makmur yang senang dan mudah disediakan.

Dah siap! Siap sedia untuk dinikmati. Boleh simpan masukkan dalam balang.

Sekejap je dah siap kan? Selamat mencuba!

Iklan

Sumber: FB Rona Eryza

Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif