[VIDEO] Adoi... boleh pulak naik motor tertinggal bini...

Iklan
Untitled design - 2020-07-29T123707.356

MENCUIT hati video di medsos yang diviralkan warganet ini. Apa tidaknya, video menunjukkan seorang wanita dan lelaki yang baru memakai topi keledar untuk menaiki sebuah motosikal skuter.

Setelah lelaki itu duduk di motosikalnya itu dan menghidupkan enjin kenderaan terbabit, tak semena-mena wanita dipercayai pasangannya itu tidak sempat membonceng hingga 'tertinggal'.

Iklan
Iklan

Melambai-lambai tangan wanita itu dibuatnya memanggil setelah ditinggalkan.

Si tukang sapu berhampiran turut membantu melambai dan memanggil lelaki tersebut, tetapi dia terus pergi.

Iklan

"Lahh pak... bininya ketinggalan"," tulis Teh 1790 @Ndon_isBack dalam ciapan hantarannya di Twitter kelmarin, yang tular hingga ke hari ini.

Iklan

Status @Ndon_isBack yang menunjukkan gelagat pasangan dipercayai lingkungan usia pertengahan berkenaan mendapat lebih 38.1K Retweets dan 41.1K Likes dengan hampir 1 juta view.

Barangkali banyak yang difikirkan suami tu hingga terlupa... sampai tertinggal isteri dibuatnya. Rakaman perkongsian dipercayai berlaku di negara jiran.

Mujurlah tidak lama kemudian lelaki berkenaan muncul kembali untuk mengambil semula wanita tersebut.

Sebelum membonceng di belakang, terlihat wanita terbabit menepuk pinggang pasangannya sebelum mereka berlalu pergi.

Alahai... abang-abang.... jangan lupa bini ya... -AG #janganputusasamalaysia