Warna lidah terang, berbiji macam strawberi, petanda masalah kesihatan serius

Iklan
Untitled design - 2020-07-29T153640.873

PERUBAHAN pada diri yang nampaknya ada 'sesuatu' berbeza daripada kelaziman sebaiknya usah dibiarkan.

Jika terkena pada yang dewasa mungkin tiada masalah kerana tahu untuk bertindak. Begitupun, lain halnya dengan si kecil.

Iklan
Iklan

Ibu bapa dan penjaganya perlu sentiasa prihatin kepada perubahan di alami mereka. Kadang kita hanya pandang dari luaran. Akan tetapi, bahagian dalam mulut si kecil juga jangan lupa untuk diambil kira untuk sentiasa diperiksa.

Perkongsian Dr Mohd Khairul Izwan ini barangkali boleh dijadikan panduan agar tidak mengabaikan terutama si kecil yang mudah terkena penyakit jangkitan ini:

Iklan

Gangguan kesihatan

Tahukah anda, ada suatu keadaan yang mana lidah seseorang boleh mengalami perubahan dan kelihatan mirip seperti buah strawberi?

Iklan

Keadaan ini disebut sebagai"Strawberry Tongue” dan ditandai dengan gejala seperti:

- Lidah membengkak

- Permukaan lidah menjadi lebih kasar dan kelihatan berbiji-biji

- Warna lidah bertukar menjadi merah terang.

Perubahan bentuk lidah ini boleh menjadi suatu petanda masalah kesihatan yang serius dan biasanya berpunca daripada beberapa gangguan kesihatan seperti:

1. Penyakit Kawasaki (Kawasaki disease) iaitu penyakit yang berkaitan dengan inflamasi yang berlaku terhadap arteri atau pembuluh darah.

2. Demam Scarlet (Scarlet fever) iaitu jangkitan bakteria yang berlaku pada bahagian kerongkong.

3. Alahan atau alergi terhadap makanan dan ubat-ubatan tertentu.

4. Toxic shock syndrome iaitu gejala sampingan daripada jangkitan bakteria tertentu.

5. Kekurangan vitamin B12.

Malah ada beberapa laporan terbaru di luar negara yang menunjukkan hubungan yang mana pesakit yang mengalami Kawasaki disease turut sama didapati positif penyakit COVID-19.

Artikel berkaitan: Doktor keluarkan cacing hidup dari tonsil wanita

Apa yang lebih merisaukan adalah kebanyakan gejala ini lebih mudah terjadi pada pesakit kanak-kanak.

Sekiranya terdapat sebarang perubahan pada lidah disertai bersama demam yang tinggi, sila dapatkan pemeriksaan dan rawatan secepat yang mungkin.

Kredit: FB Dr Mohd Khairul Izwan

Hantaran Dr Mohd Khairul ini mendapat banyak perkongsian baru-baru ini. Moga bermanfaat! -AG