SAKIT tekak yang disangka sakit biasa pada mulanya rupanya ada sesuatu yang tak dijangka. Siapa terfikir di situ ‘diamnya’ cacing hidup yang menyebabkan sakit berkenaan.

Perkara itu hanya diketahui selepas seorang wanita pergi ke hospital dan dimaklumkan oleh doktor tentang berita mengejutkan dek sakit dan gatal kerongkong yang dialaminya.

Wanita berusia 25 tahun itu menjalani pemeriksaan fizikal di Hospital Antarabangsa St Luke’s Tokyo setelah mengalami kerengsaan tekak selama lima hari setelah makan sashimi, menurut satu kajian kes yang diterbitkan dalam The American Society of Tropical Medicine and Hygiene.

Sashimi adalah makanan istimewa Jepun yang terdiri daripada ikan mentah segar atau daging yang dihiris menjadi kepingan nipis dan sering dimakan dengan kicap.

Lapor CNN semalam, pakar perubatan mengenal pasti cacing hitam sepanjangnya 38 milimeter (1.5 inci) dan masih bergerak – di dalam tonsil kiri wanita berkenaan. Pinset digunakan untuk mengeluarkan ‘makhluk’ itu berkenaan.

Ujian DNA pada cacing itu dilakukan sebelum ini dikenalpasti sebagai larva tahap keempat “Pseudoterranova azaras,” cacing gelang parasit, kongsi kajian berkenaan yang diterbitkan pada bulan Julai ini.

Parasit tersebut menjangkiti perut setelah seekor inang memakan larva pada ikan laut mentah atau kurang matang, kata kajian itu lagi.

Lebih daripada 700 kes seumpamanya dilaporkan di Jepun, negara-negara Pasifik Utara, Amerika Selatan, dan Belanda. Hasil ujian darah wanita itu normal setelah cacing itu dikeluarkan, kata jurnal itu.

Pakar perubatan dan saintis telah mendokumentasikan jangkitan serupa pada pesakit yang memakan hidangan makanan laut.

Anisakiasis, penyakit yang disebabkan oleh memakan ikan atau makanan laut yang tercemar parasit, semakin meningkat di negara-negara Barat. Susulan itu, makan sushi dan hidangan ikan serta makanan laut mentah atau kurang matang yang lain telah mendapat perhatian, menurut laporan 2017 yang diterbitkan dalam Laporan Kes BMJ.

Dalam satu kes tertentu, seorang lelaki berusia 32 tahun yang sihat sebelum ini didapati membran usus yang membengkak dengan parasit yang melekat kuat – hujungnya menembusi perut – yang ditemui setelah pesakit mengalami sakit usus atas yang teruk, muntah dan demam selama seminggu.

Semasa temu ramah, lelaki itu mengatakan bahawa dia baru-baru ini makan sushi. -CNN

ANEKDOT

APAKAH ITU TONSIL?

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-
1. Adenoids – tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils – tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils – tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.

Iklan

 

Apa itu radang tonsil atau tonsillitis?

Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan.
Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit. Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.

Apakah penyebab dan gejala radang tonsil?

Iklan

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

Antara gejala radang tonsil:

1. Sakit tekak yang kadang-kadang teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
3. Demam yang kadang-kadang sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur Komplikasi Radang Tonsil Radang tonsil biasanya berlaku dalam umur 3 tahun ke atas.

Kredit: FB Poliklinik Dan Surgeri Maria