Kambing pun pandai pura-pura mati, ragam melucukan buat netizen geli hati

Iklan

MUSIM perayaan Aidiladha, pasti ramai yang sibuk menguruskan persiapan untuk ibadah korban.

Lebih-lebih lagi buat penternak yang lazimnya 'masyuk' apabila hasil ternakan laku keras dek kerana ditempah untuk ibadah korban.

Iklan
Iklan

Tak kira lembu mahupun kambing, pasti ada 'ragam' yang kelakar sempat dirakam untuk kenangan.

Seperti satu video yang sedang tular ketika ini. Memang 'ngam-ngam' waktunya di saat umat Islam sibuk menjalani ibadah sempena Aidiladha.

Iklan

 

Iklan

Masakan tidak, kisah kambing berbulu putih ini pandai berlakon pura-pura mati ketika mahu ditangkap.

Tak sangka, si kambing pun ada 'akal' untuk melepaskan diri. Siap mati dua kali pula tu. Aduhai bikin hati warganet geli hati.

Video berdurasi 26 saat dari luar negara yang dikongsikan pemilik akaun Twitter, @leesasogood itu difahamkan tular sejak beberapa hari lalu sehinggakan mencuit hati sesiapa yang menonton.

Apatah lagi siap tonton berulang kali dek kelakar bukan saja aksi si kambing tetapi suara latar orang gelak jadi tumpuan.

Jangan tak percaya, kambing pun pandai berlakon...aduhai time macam ni pula kau muncul ya.

Nak kasihan ke nak marah ni? ?