Resipi kentang viral, mudah dan ringkas

Iklan
Untitled design - 2020-08-03T130453.701

ADA yang tak tahu nak masak apa untuk minum petang ni? Apa kata cuba resipi yang pernah tular hingga mendapat ribuan perkongsian di medsos ini sejak tahun lalu.

Selain bahan yang ringkas, resipinya juga mudah. Kentang viral dengan warna yang menarik dan dan bentuknya ibarat jejari yang mudah dipegang sekali gus sudah tentu digemari oleh si kecil.

Iklan
Iklan

Campuran kentang dan sedikit sayuran cukup sesuai buat mereka yang berdiet tak makan nasi. Barangkali anak kecil yang sukar diberi makan makanan ruji itu juga boleh disuakan dengan menu ini. Belum cuba belum tahu kan...

Artikel berkaitan: Hanya dengan kentang, macam-macam resipi boleh buat

Iklan

Resipi kentang viral

3 biji kentang

Iklan

5 sudu tepung jagung

1 sudu tepung beras

Lada, daun saderi

garam

perasa

Cara-caranya:

1. Kentang direbus atau dikukus. Selepas itu dilenyekkan..

2. Gaul semua bahan. Bentukkan seperti dalam gambar dan digoreng. Siap!

Kredit: Dapur Pakdi

Ikut selera masing-masing. Boleh dimakan dengan mayonis atau sos. Selamat mencuba!